Page 143 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 143

Menulis


                                                        Congkak


                                                            Peraturan Permainan Congkak
                                   AKTIVITI                 •  Dua orang pemain yang bertanding akan duduk
                        1. Tulis laporan tentang pertandingan   secara menghadap.
                           permainan congkak.               •  Kedua-dua pemain akan memulakan permainan
                        2. Permainan congkak dapat meningkatkan   secara serentak dengan mengambil semua buah
                           kemahiran matematik pemainnya.      dalam mana-mana rumah sendiri dan bergerak       T
                           Jelaskan pendapat anda.             mengikut pusingan jam.                           E
                                                            •  Pemain tidak dibenarkan untuk melangkau atau     M
                     memintas pihak lawan. Setiap kali tiba di rumah ibu sendiri, sebiji buah hendaklah dimasukkan tetapi tidak   A
                     untuk rumah lawan. Buah yang telah dimasukkan ke rumah ibu lawan menjadi kepunyaan pihak lawan.  11
                  •  Genggaman yang mengandungi buah terakhir mestilah dilepaskan dahulu sebelum mengambil buah
                     yang ada di rumah tersebut dan kembali menapak.
                  •  Pemain dikira mati giliran menapak jika buah akhir masuk ke mana-mana rumah kosong.
                  •  Pemain lawan akan mendapat giliran menapak kecuali jika naik rumah, maka pemain hidup boleh
                     meneruskan permainan semula. Pemain hanya boleh menikam setelah melalui kampung lawan.
                  •  Mana-mana rumah yang terbakar tidak boleh ditandakan. Baki buah disimpan di rumah ibu sendiri.
                     Buah yang masuk ke rumah terbakar hendaklah dibawa menapak semula.
                  •  Pemain yang memiliki buah congkak terbanyak dikira sebagai pemenang. Sekiranya jumlah buah
                     congkak sama banyak, maka pemain dengan jumlah kampung terbakar paling banyak dikira kalah.


                                   Pertandingan Permainan Congkak Peringkat Sekolah
                                   Tarikh:        15 Ogos 20
                                   Hari:          Selasa
                                   Masa:          9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari
                                   Dirasmikan oleh:   Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Siantan







                                    PERKASA ILMU

                   Karangan Format Laporan
                   •  Tajuk ditulis dengan huruf besar pada setiap awal
                     perkataan kecuali kata sendi nama dan kata hubung.
                   •  Tajuk laporan digariskan.
                   •  Tulis perenggan isi dan penutup laporan.
                   •  Pengakuan pelapor dan tarikh ditulis sebaris.
                   •  Tandatangan pada sebelah kiri laporan.
                   •  Nama pelapor ditulis di sebelah kiri dengan huruf besar.
                   •  Nama dan jawatan pelapor ditulis di bawah nama
                     pelapor dan diakhiri dengan tanda noktah.


                                                                                                    129
                         3.2.1                                                                      129
   138   139   140   141   142   143   144   145   146   147   148