Page 142 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 142
Membaca
Uniknya Istana Seri Menanti
AKTIVITI
Baca brosur tentang Istana Seri
Menanti dengan sebutan, intonasi,
dan nada yang sesuai.
T
E Istana Lama Seri Menanti merupakan istana
M kebanggaan keluarga diraja Negeri Sembilan Tahun Melawat Negeri Sembilan
A Kunjungi Istana Seri Menanti
Darul Khusus. Istana ini masih kukuh terpelihara
11 dengan pelbagai ukiran yang unik. Istana
empat tingkat ini telah dibina oleh dua orang
tukang Melayu yang bernama Kahar dan Taib.
Pembinaan istana ini bermula pada tahun 1902
dan siap pada tahun 1908.
Keunikan seni ukiran Melayu istana ini
sangat menarik dengan pelbagai motif seperti Sudut Pameran Senjata
lambai-lambai, awan berarak, tampuk manggis, Sudut ini mempamerkan pelbagai senjata
lama seperti keris, lembing, dan tombak.
dan bunga semantung. Seni bina istana ini sangat
istimewa kerana menggunakan pasak yang
diperbuat daripada kayu sebagai paku dari tiang 9:00 pagi
hinggalah atapnya. Jumlah tiang penegak istana hingga
ialah 99 batang sebagai melambangkan 99 orang 5:30 petang
juak-juak hulubalang Negeri Sembilan.
Istana ini telah dijadikan muzium diraja
pada 14 Julai 1992. Sejak itu, istana ini telah Anjuran Jabatan Muzium Negeri Sembilan
Sila Hubungi: 07-123 4567
ditadbir oleh Jabatan Muzium Negeri Sembilan. Encik Akmal Ahmad
Terdapat pelbagai sudut pameran tentang keluarga www.srimenanti.gov.my
diraja Negeri Sembilan yang dipamerkan di sini. TEROKA MINDA
Setiap ruang istana dikekalkan seperti asal bagi Bandingkan dan bezakan Istana Seri
menunjukkan fungsi ruang tersebut seperti kamar Menanti dengan istana lain di Malaysia.
beradu, balai rong seri, dan galeri potret. Muzium
ini sentiasa dipelihara dengan baik sebagai
warisan sejarah kebudayaan Negeri Sembilan. PERKASA ILMU
(Sumber: Diubah suai daripada Arkib Negara Bahasa istana ialah laras bahasa yang digunakan
Malaysia) oleh kerabat diraja atau orang kebanyakan
(rakyat) semasa berurusan dengan pihak istana.
Contohnya, beradu, santap, bersiram, beta,
patik, mencemar duli, dan mangkat.
128
128 2.1.1

