Page 145 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 145

Tatabahasa



                                                 Rentak Tarian Piring

                                            Tarian piring merupakan seni tari yang dipelopori oleh masyarakat
                            AKTIVITI        Minangkabau atau Minang, Sumatera Barat, Indonesia. Seni
                        Senaraikan kata kerja   tari ini kemudiannya turut berkembang dan terkenal dalam
                        tak transitif dan bina   kalangan masyarakat Minang yang berhijrah ke Tanah Melayu.
                        dialog berdasarkan   Kebanyakan daripada mereka bermastautin di Negeri Sembilan         T
                        petikan.            seperti di Seremban, Kuala Pilah, dan Rembau.  Biasanya, tarian     E
                                            ini dipersembahkan dalam majlis perkahwinan atau majlis khas        M
                  untuk menyambut kedatangan tetamu. Tarian ini dinamakan tarian piring kerana penarinya        A
                  menggunakan piring ketika menari.                                                            11
                      Tarian ini boleh ditarikan secara berpasangan, lelaki dan perempuan ataupun sekumpulan
                  lelaki sahaja. Penari akan bergandingan sambil mengatur langkah tarian mengikut alunan
                  muzik. Mereka akan menari secara beriringan bermula dengan gerakan perlahan yang
                  semakin melaju. Kemahiran penari menyebabkan piring yang dipegang tidak jatuh. Biasanya
                  semakin banyak latihan tarian dibuat, semakin baik persembahan tarian mereka. Adakalanya,
                  penari akan melambung-lambungkan piring tersebut. Kemahiran menari sehingga tidak
                  menjatuhkan piring menarik perhatian penonton ditambah pula oleh penari yang tersenyum
                  ceria bagi menampakkan keyakinan semasa menari.
                      Gerakan tarian ini menyerupai gerakan petani semasa bercucuk tanam dan menuai
                  padi ketika musim padi menguning. Tarian ini juga melambangkan perasaan gembira dan
                  kesyukuran para petani terhadap hasil tanaman yang diperoleh. Kebiasaannya, penari tarian
                  piring akan memakai pakaian tradisional yang berwarna-warni. Warna terang seperti hijau
                  dan merah menjadi pilihan agar kelihatan menarik.
                      Tarian piring akan diiringi oleh pukulan gong dan rebana sahaja ataupun dengan
                                                                     muzik saluang dan talempong atau
                                                                     caklempong. Keunikan seni tarian
                                                                     piring telah mengangkat tarian ini
                                                                     sebagai salah satu warisan budaya
                                                                     Nusantara  yang  perlu  dikekalkan
                                                                     daripada satu generasi kepada satu
                                                                     generasi yang lain.

                                                                               (Sumber: www.heritage.gov.my/
                                                                                        warisantidakketara,
                                                                                     Jabatan Warisan Negara)

                                                                         Terdapat banyak tarian tradisional
                                                                         di Malaysia. Klasifikasikan tarian
                                                                         tradisional tersebut mengikut kaum
                                                                         dan ceritakan keistimewaannya.


                                                                                                    131
                         5.1.4                                                                      131
   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149   150