Page 156 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 156

Seni Bahasa

                                                  Hikmah dan Cabaran



                                                Matahari telah condong sedikit ke arah barat menandakan
                              AKTIVITI          hari sudah petang. Sekumpulan murid kelihatan berlari-lari
                          Kenal pasti pengulangan   mengelilingi padang sekolah. Hari ini ada latihan bola sepak.
                          kata dan singkatan kata   Azizan tidak berlatih. Dia hanya berdiri di tepi padang.
                          dalam petikan.             “Bilakah perlawanan pasukan bawah 15 tahun, Din?”
           T                                    Soal Cikgu Rosman kepada Cikgu Nordin sebaik-baik sahaja
           E
           M        Cikgu Nordin menghampirinya dan Azizan.
           A           “Minggu depan,” jawab Cikgu Nordin, ringkas.
                       Azizan sungguh kecewa. Dia pasti tidak dapat bermain dalam perlawanan itu nanti.
          12           “Janganlah kecewa, Azizan. Kita tak boleh nak mengelakkan perkara yang sudah berlaku,”

                    kata Cikgu Azizan. “Tentu ada hikmah di sebalik kecederaan kaki awak,” kata beliau lagi.
                        “Janganlah kecewa, Azizan,” celah Cikgu Rosman pula. “Perlawanan ini bukanlah
                    perlawanan persahabatan yang terakhir,” katanya lagi untuk  memujuk Azizan.
                       Azizan sekadar tersenyum nipis. Apalah gunanya menjadi ketua pasukan kalau sekadar
                    menonton perjuangan rakan-rakan sepasukan di tepi padang.
                       “Cikgu, bolehkah saya berada bersama-sama dengan pasukan walaupun saya tidak dapat
                    bermain?” Soal Azizan.
                                                                   “Ya,  sudah  tentu  boleh,”  kata  Cikgu
                                                                Nordin. “Awak boleh memperhatikan strategi
                                                                perlawanan  pihak  lawan  dan  merangka
                                                                perubahan strategi pasukan awak nanti,” kata
                                                                Cikgu Nordin.
                                                                   “Awak boleh bertindak sebagai pengurus
                                                                pasukan,” celah Cikgu Rosman. “Walaupun
                                                                awak tak boleh bermain bola, awak boleh
                                                                memainkan peranan yang lain,” kata beliau
                                                                lagi. “Main tetap main. Lawan tetap lawan,”
                                                                sambungnya menyuntik semangat juang
                                                                Azizan.
                                                                   “Ya, main tetap main, lawan tetap lawan,”
                                                                bisik hati kecil Azizan, penuh semangat.
                                                                Perkara yang penting ialah kejayaan dalam
                                                                perjuangan. Dia tidak rela melihat pasukannya
                                   TEROKA MINDA                 dikalahkan oleh pihak lawan.

                           Secara berkumpulan, cari maklumat
                           tentang sejarah bola sepak negara           (Dipetik dan diubah suai daripada novel
                           dan perkembangan sukan ini                                    Zizan atau Zidane:
                           sehingga sekarang.                          Pasukan Paling Top karya Alias Derais,
                                                                              KarnaDya Solutions Sdn. Bhd.)

                    142             4.1.3
                    142
   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160   161