Page 157 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 157
Tatabahasa
Sukan Memanah
Asyraf Sabry merupakan setiausaha kelab
AKTIVITI memanah di sekolahnya. Beliau telah pergi
Cari kata ganda yang terdapat dalam ke pejabat Persatuan Memanah Kebangsaan
petikan dan bina ayat menggunakan kata Malaysia (PMKM) untuk mendapatkan
ganda tersebut. maklumat tentang sukan ini bagi kegunaan T
anggota kelab memanah beliau. E
Sukan memanah telah menjadi aktiviti rekreasi yang popular dalam kalangan masyarakat pada M
masa ini. Anak-anak muda mula berjinak-jinak dalam sukan ini. Di sekolah-sekolah juga sukan A
ini telah diperkenalkan. Tujuannya adalah untuk mencungkil bakat baharu yang berpotensi. 12
Terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian dalam sukan memanah ini.
Pertama, teknik dan strategi semasa memanah. Pemanah perlulah berhati-hati ketika
hendak menarik busur sebelum dilepaskan. Pandangan mestilah tajam dan fokus pada papan
sasaran. Pemanah tidak boleh terburu-buru untuk melepaskan busur tersebut. Pemanah
mestilah berada dalam keadaan tenang dan tidak terganggu bagi memastikan panahan
mereka tidak tersasar.
Kedua, latihan intensif. Pemanah perlu menjalani latihan intensif agar kemahiran
memanah dapat ditingkatkan. Latihan memanah ini harus dilakukan secara berulang-ulang
ataupun berkali-kali sehingga pemanah betul-betul serasi dengan teknik memanahnya.
Latihan intensif ini juga dapat mengelakkan pemanah daripada mendapat kecederaan semasa
bertanding. Hal ini berlaku demikian kerana sukan memanah memerlukan kekuatan pada
otot-otot tangan.
Ketiga, undang-undang sukan memanah. Pemanah mampu menguasai sukan ini jika
mereka mengetahui dan memahami undang-undang
yang ditetapkan. Hal ini penting bagi memastikan
pemanah dapat menyusun strategi mereka untuk
mendapatkan mata yang lebih tinggi, seterusnya
memenangi sesuatu pertandingan.
Kesimpulannya, ketiga-tiga perkara di atas
membantu individu yang ingin menjadi pemanah
berwibawa. Penganjuran kejohanan sukan memanah
tempatan yang sering diadakan dapat dijadikan
landasan untuk mempersiapkan bakat baharu sukan
memanah negara di pentas antarabangsa.
TEROKA MINDA
Secara berkumpulan, bandingkan dan bezakan sukan memanah
dengan sukan menembak dalam bentuk peta pemikiran.
143
5.2.1 143

