Page 204 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 204

Seni Bahasa

                                                Sempurnakan Majlismu


                                                    Setiap kali tiba musim cuti persekolahan, Sarina sibuk macam
                                AKTIVITI            lebah menguruskan majlis perkahwinan. Pelanggannya
                          Tulis dialog tentang kerjaya   sentiasa berpuas hati dengan hasil kerja Sarina yang
                          dengan menggunakan        berkualiti dan sempurna. Senyumannya yang manis macam
                          perbandingan semacam      gula itu sentiasa memikat hati pelanggannya. Mereka
           T              berdasarkan bahan.        mudah berurusan dengan Sarina kerana kepakaran dan
           E                                        pengalamannya menguruskan majlis perkahwinan.
           M                                           Perniagaan Sarina semakin maju kerana dia bijak
           A
                                                    menawarkan pakej majlis perkahwinan yang menarik.
          16                                        Semua keperluan majlis perkahwinan ditawarkan dengan
                                                    harga yang berpatutan, tidaklah mahal seperti emas.
                                                    Terdapat banyak keistimewaan pakej yang ditawarkan
                                                    seperti tempat majlis, pakaian pengantin, solekan, pelamin,
                                                    tempahan makanan, dan kad jemputan. Sarina bijak
                                                    merancang tugasnya agar kemas dan teratur. Dia bijak
                                                    seperti kancil.
                       Selain itu, Sarina juga bersedia untuk
                    memberikan khidmat nasihat kepada               PERKASA ILMU
                    pelanggannya tentang menu yang ingin   BUNGA RAMPAI                             Tawaran
                                                                                                    Istimewa!
                    dipilih. Mereka boleh memilih pelbagai  Harga pakej termasuk:                  RM19 999.00
                    jenis hidangan yang enak seperti nasi  •  Dewan berhawa dingin yang             untuk 1000
                    minyak, rendang tok, acar buah, dan ayam   dilengkapi peralatan jamuan,        orang tetamu
                    masak merah. Sarina juga suka melihat    kerusi dan meja tetamu, meja
                    pengantin yang telah disolek cantik seperti   orang kenamaan, dan meja makan
                    bidadari. Pasangan pengantin boleh       beradab pengantin.
                    memilih berbagai-bagai jenis pakaian   •  Set nasi dengan pilihan lauk-pauk untuk meja pengantin.
                    pengantin di butiknya.                •  Pelamin dan dua set pakaian pengantin.
                       Sarina sangat mencintai kerjayanya   •  Kek perkahwinan tiga tingkat.
                                                          •  Peralatan sistem audio dan pengacara majlis.
                    sebagai perancang majlis perkahwinan   •  Kumpulan kompang.
                    dan ingin meningkatkan pengetahuan    •  Perkhidmatan jurufoto profesional dan
                    dan pengalamannya dalam bidang ini       rakaman video pengantin.
                    lagi. Dia yakin akan menjadi perancang   Sila hubungi:
                    perkahwinan yang hebat suatu hari  Puan Sarina binti Ahmad,
                    nanti. Sarina tersenyum gembira.      Pengurus Syarikat Bunga Rampai Sdn. Bhd.,
                                                          Jalan Kekwa, Seri Kembangan, 43300,
                                                          Selangor Darul Ehsan.
                                                          Nombor telefon: 03-1234567/012-1234567
                                                          E-mel: sarina@gmail.com



                    190             4.2.1
                    190
   199   200   201   202   203   204   205   206   207   208   209