Page 71 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 71

Menulis



                                                                Aku Anak Malaysia
                           AKTIVITI            Burhan berlari pantas ke kantin sekolah.  Kabarnya Cikgu
                    Betulkan kesalahan ejaan dan   Harun akan memilih wakil ujian pra kelayakan pertandingan
                    tanda baca dalam bahan.    dwi tahunan badminton peringkat daerah Gombak hari ini.
                                               Sungguh teruja Burhan mendengar berita pertandingan
                                               badminton itu. Hatinya berkata pasti aku akan terpilih.
                  Pehak sekolah akan membuat ujian pemilihan esok. Cikgu, adakah pemenang daerah akan           T
                                                                                                                E
                  mewakili negeri Selangor? Burhan ingin tahu. “Ya, Burhan mereka yang terpilih akan dibawa     M
                  ke peringkat daerah dahulu, sebelum ke peringkat negeri dan ke peringkat kebangsaan,”         A
                  jelas Cikgu Harun. Burhan menghampiri Cikgu Harun. Borang pertandingan badminton
                  itu digengam erat. “Jangan lupa petang ini kita ada latihan badminton seperti biasa,” pesan   5
                  Cikgu Harun. Burhan mengangukkan kepalanya tanda setuju dan pasti.
                      Melody lagu ‘Fikirkan Boleh’ masih terngiang giang di telinganya. “Wah, Burhan
                  bersemangat betul kamu, cikgu yakin kamu boleh!” ujar Cikgu Harun. “Baiklah cikgu”
                  jawab Burhan sambil tersenyum.
                      Tiba-tiba bahunya ditepuk. “Tahniah, Burhan, kamu memang juara.  Pasti ibubapa
                  kamu gembira mendengar berita ini.” Terhenti lamunan Burhan seketika. “Terima
                  kasih, Ravi. Kamu pun hebat juga.” Burhan tersenyum
                  gembira. Kejayaannya menewaskan pasokan lawan sukar
                  digambarkan. Namun, itulah hakikatnya, Piala Badminton
                  Dunia itu kini milik Malaysia.  Dia ingin pulang segera
                  untuk berkongsi kejayaan dengan keluarga.





















                                       TEROKA MINDA

                          Jalankan  kerja  lapangan  untuk  mengesan
                          kesalahan ejaan dan membetulkan tanda baca
                          pada papan tanda atau papan iklan di tempat
                          tinggal anda.


                         3.7.1                                                                       57
                                                                                                     57
   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76