Page 73 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 73

Tatabahasa



                                  Anugerah Merdeka 2015



                                            AKTIVITI
                         Senaraikan kata nama am, kata nama khas tunggal,     Tan Sri Dr. Jemilah binti
                         dan kata nama khas yang dimajmukkan dengan           Mahmood,
                                                                              Pengasas Mercy Malaysia.
                         menggunakan peta pokok.                                                                T
                                                                                                                E
                     KUALA LUMPUR, 2 Oktober – Pembabitan beberapa orang                                        M
                     tokoh negara dalam misi kemanusiaan dan penyelidikan sains                                 A
                     di peringkat antarabangsa telah diiktiraf dengan pemberian                                 5
                     anugerah khas Hari Kemerdekaan Negara, iaitu Anugerah    Prof. Emeritus Tan Sri Dr.
                                                                              Zakri bin Abdul Hamid,
                     Merdeka 2015. Majlis pengumuman penerima anugerah itu    Penasihat Sains Perdana
                     telah disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak,   Menteri.
                     Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan   Prof. Emeritus Dato’
                     Muhibbuddin Shah al-Maghfur-lah, Pengerusi Lembaga       Dr. Abdul  Latiff
                     Pemegang Amanah Anugerah Merdeka, di Menara Berkembar    bin Mohamad, Felo
                     Petronas, Kuala Lumpur.                                  Penyelidik Ekologi dan
                                                                              Biodiversiti, Universiti
                         Setiap pemenang menerima hadiah piala, lukisan yang   Kebangsaan Malaysia.
                     dihasilkan oleh Abdul Latiff bin Hj. Mohidin, dan wang tunai
                     sebanyak RM500 000.00. Enam orang tokoh telah menerima
                     anugerah berprestij ini. Tan Sri Dr. Jemilah binti Mahmood
                     telah dipilih dalam kategori Pendidikan dan Komuniti
                     berasaskan sumbangannya sebagai pengasas Mercy Malaysia.
                         Selain beliau, lima orang individu lagi yang menerima   Prof. Datin Paduka Dr. Khatijah
                     anugerah berprestij ini ialah Profesor Emeritus Tan Sri Dr.   binti Mohamad Yusoff,
                     Zakri bin Abdul Hamid, Penasihat Sains kepada Perdana    Pakar Mikrobiologi, Biologi
                     Menteri,  Profesor  Emeritus Dato’ Dr. Abdul Latiff bin   Molekul, dan Bioteknologi,
                     Mohamad,  Felo  Penyelidik  Ekologi  dan  Biodiversiti   Universiti Putra Malaysia.
                     Universiti  Kebangsaan  Malaysia (UKM), dan Profesor
                     Datin Paduka Dr. Khatijah binti Mohamad Yusoff, Pakar    Prof. Ir. Dr. Mohd Ali bin Hashim,
                     Mikrobiologi, Biologi Molekul, dan Bioteknologi Universiti   Ketua Pusat Kajian Ionik dan Cecair,
                     Putra Malaysia (UPM). Turut menerima anugerah tersebut   Universiti Malaya.
                     ialah pengasas dan Ketua Pusat Kajian Ionik dan Cecair
                     Universiti Malaya (UM), Profesor Ir. Dr. Mohd Ali bin           PERKASA ILMU
                     Hashim. Selain tokoh tempatan, tokoh luar negara, iaitu Naib
                     Presiden Pusat Perlindungan Hidupan Liar di New York, Dr.   Anugerah Merdeka ialah
                     Elizabeth Lesley Bennett, turut menerima anugerah ini.   anugerah berprestij yang
                         Penerima Anugerah Merdeka ini merupakan tokoh dan    mengiktiraf sumbangan
                     contoh kepada rakyat Malaysia yang cinta akan negara. Bakti   cemerlang individu dan
                     dan jasa mereka amat membanggakan kita semua.            organisasi di negara ini sejak
                                                                              tahun 2007.
                         (Sumber: Diubah suai daripada Berita Harian, 2 Oktober 2015)

                                                                                                     59
                         5.1.1                                                                       59
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78