Page 70 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 70
Membaca
Kuching Kota Budaya
AKTIVITI Kuching ialah ibu negeri Sarawak Bumi Kenyalang.
Cari maksud perkataan yang Bandaraya Kuching juga dikenali sebagai bandar
berwarna merah dalam masyarakat berbudaya. Terdapat pelbagai suku kaum
petikan di bawah dengan di Kuching seperti Melayu, Cina, Bidayuh, Iban, Orang
merujuk kamus dan glosari. Ulu, dan Melanau. Asal usul nama Kuching diambil
T daripada nama haiwan, iaitu kucing.
E Seorang daripada tokoh yang terkenal di Kuching ialah Datuk Hakim Imam Abang Haji
M
A Mursyidi bin Abang Haji Nuruddin bin Datuk Bandar Bolhasan. Beliau merupakan tokoh
pentadbir Islam di Sarawak yang banyak memberikan sumbangan dalam bidang pendidikan.
5 Terdapat pelbagai barang kraf tangan yang menarik dan unik di Kuching seperti tikar
rotan, kain pua, manik, tembikar, pasu, dan topeng. Kraf tangan yang istimewa ini merupakan
hasil kerja tangan suku kaum tempatan. Ciri-ciri kesenian tradisional yang halus dan
menarik ini tetap kekal zaman-berzaman dalam masyarakat Sarawak.
Bagi pelancong yang ingin melihat kepelbagaian budaya Sarawak dengan lebih dekat,
Kampung Budaya Sarawak wajar dikunjungi. Kampung Budaya dibina untuk melindungi
dan mengekalkan warisan budaya Sarawak.
Selain itu, Kuching juga terkenal dengan aneka makanan yang istimewa seperti ikan terubuk
masin, umai, laksa Sarawak, dan kek lapis Sarawak. Kek lapis Sarawak sangat istimewa kerana
pembuatannya yang renyah. Lapisan kek lapis Sarawak yang berwarna-warni mempunyai
pelbagai rasa yang sentiasa menarik perhatian pelancong.
Dengan pelbagai keistimewaan dan keunikan yang terdapat
di Kuching, maka tidak hairanlah jika bandar raya ini menjadi
antara destinasi pilihan utama pelancong di Malaysia.
TEROKA MINDA
Jelaskan keunikan dan keistimewaan barangan
kraf tangan di negeri anda.
56
56 2.2.1

