Page 74 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 74

Bacaan Luas



                                            Wira SMART Sedia Membantu

                     Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team (SMART) ialah Pasukan Mencari dan
                     Menyelamat Khas Malaysia. Susulan daripada tragedi keruntuhan Highland Tower, Hulu Kelang
                     pada 11 Disember 1993, Keputusan Jemaah Menteri pada 18 Mei 1994 telah meluluskan penubuhan
                     Pasukan SMART di bawah pengurusan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Kini, SMART
                     diuruskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri. Markas
           T         SMART terletak di Pulau Meranti, Kajang, Selangor. Misi SMART adalah untuk melaksanakan
           E         operasi menyelamat dalam malapetaka dan bencana alam yang lazimnya di luar kemampuan
           M         pasukan penyelamat sedia ada.
           A            Tugas pasukan SMART sangat mencabar dan berbahaya. Mereka mestilah sentiasa peka
                     dan bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh berlaku di lokasi yang dilanda
           5         musibah. Mereka juga bekerja tanpa mengira masa untuk memberikan bantuan perubatan dan
                     bantuan kecemasan kepada mangsa bencana.
                        Pasukan SMART ini dianggotai oleh pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat
                     (JBPM),  Polis Diraja Malaysia (PDRM),  dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)  yang
                     berkelayakan. Mereka mempunyai kepakaran masing-masing. Syarat untuk menyertai pasukan
                     SMART ini sangat ketat. Peserta perlu menjalani pelbagai ujian dan saringan. Peserta juga mesti
                     mengikuti kursus khas yang ditetapkan dalam masa tujuh minggu. Sebagai contohnya, Kursus
                     SMART dan Kursus Renang Peringkat Gangsa. Antara misi menyelamat yang telah disertai oleh
                     pasukan SMART adalah seperti yang terdapat dalam jadual di bawah:


                       Tahun                 Misi Mencari dan Menyelamat
                       2004   Misi Mencari dan Menyelamat Mangsa Tsunami di Aceh, Indonesia.
                       2005   Misi Mencari dan Menyelamat Mangsa Gempa Bumi di Muzaffarabad,
                              Pakistan.
                       2013   Misi Mencari dan Menyelamat Mangsa Taufan Haiyan (Yolanda),
                              Filipina.
                        2014   Misi Mencari dan Menyelamat Mangsa Pesawat MH17 di Kiev,
                               Ukraine.
                       2015   Misi Mencari dan Menyelamat Mangsa Gempa Bumi di Kathmandu,
                              Nepal.
                               (Sumber: Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia, 2016)

















                     60
                     60
   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79