Page 125 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 125

Bidak di Papan Catur







                              1.  Baca dan fahami petikan.
                              2.  Olah maklumat yang terdapat dalam petikan tersebut untuk menghasilkan puisi
                                 dengan menggunakan ayat yang gramatis.                                           TEMA 9  TEMA 9


                    Sofea  sedang  bersiap-siap  di  bilik  ketika  ibu  memanggilnya  turun  untuk  bersarapan.  Hari  ini
                    penting. Pada hari ini pertandingan catur peringkat Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) akan
                    berlangsung. Walaupun dia bertanding acara berkumpulan, dia sedar bahawa kemenangannya akan
                    memberikan sumbangan besar kepada kumpulannya.
                        “Waktu bermain nanti, Sofea perlu fokus betul-betul. Jika Sofea hilang fokus, kesilapan akan
                    berlaku,” pesan Encik Syahril, ketika Sofea mula duduk di meja makan. Encik Syahril merupakan   Sukan dan Rekreasi Sukan dan Rekreasi
                    bekas pemain catur universitinya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
                        Bagi Sofea, Encik Syahril bukan sekadar bapa, malahan beliaulah guru catur terbaik yang
                    pernah mengajarnya. Encik Syahril tidak jemu-jemu mengajar Sofea ilmu dan kemahiran serta
                    teknik yang hebat untuk bermain catur. Bagi Encik Syahril, permainan catur merupakan cara yang
                    baik untuk membentuk daya imaginasi dan kreativiti anak-anak.
                        Puan  Aniza  juga  sentiasa  menggalakkan  Sofea  bermain  catur.  Pada  hematnya,  ke  mana
                    tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Walaupun dia sendiri tidak mahir bermain catur, namun
                    dia sedar bahawa permainan catur ini mampu mendidik seseorang pemain untuk bijak membuat
                    keputusan sendiri tanpa mengikut arahan sesiapa.
                        Jika  Sofea  bijak  mengatur  bidak  di  papan  catur  dan  strateginya  mengena,  tentulah  pihak
                    lawan akan tersungkur, sekali gus menjadikan Sofea juara. Hal itulah yang selalu didoakan oleh
                    Puan Aniza.  Dia  ingin  melihat  Sofea  meraih  kejayaan  dalam  pertandingan  catur  ini.  Kejayaan
                                                                    hari ini akan meningkatkan semangat Sofea
                                                                    untuk terus berjuang di papan catur.
                                                                        Selepas selesai bersarapan, Encik Syahril
                                                                    dan Sofea mula mengatur derap langkah untuk
                                                                    ke tempat pertandingan. Ketika kereta yang
                                                                    dipandu  oleh  Encik  Syahril  mula  bergerak
                                                                    meninggalkan pekarangan rumah, sekali lagi
                                                                    Puan  Aniza  memanjatkan  doa  agar  usaha
                                                                   dan harapan anak dan suaminya itu disusuli
                                                                   dengan kejayaan yang amat manis.















                          3.6.1  Menulis dan mengolah maklumat daripada bahan dialog dan bahan prosa kepada puisi
                                                                                                         113
                              menggunakan ayat yang gramatis.                                            113
   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130