Page 222 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 222

Hidangan


                              ke Pintu Pejabat




             TEMA 17           Analisis kesalahan kata dan frasa yang terdapat dalam bahan. Kemudian,
                               kategorikan jenis kesalahan tersebut dan betulkan.


                   Sesuatu projek industri memerlukan perancangan. Perancangan
                   yang dibuat perlu mengambil  kira pelbagai faktor-faktor dan
                   disediakan dalam  bentuk kertas kerja cadangan. Perancangan
             Era Baharu Industri  merancang untuk gagal.
                   adalah  terpenting  sekali  kerana  jika  kita  gagal  merancang,  kita

                   Kertas Kerja Cadangan

                    1. Nama Projek
                   Merarau Sedap dan Jimat di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan
                   Kuala Lumpur

                    2.  Tujuan Kertas Kerja
                   Kertas kerja ini dibuat bagi mendapat kelulusan dari pihak pengurusan untuk mengembangkan
                   sayap perniagaan kepada perkhidmatan hantaran makanan.

                    3.  Pengenalan
                   Berdasarkan kepada pemerhatian, Unit Jualan dan Promosi telah mendapati permintaan untuk
                   perkhidmatan penghantaran makanan di kebanyakan pejabat-pejabat kerajaan dan swasta
                   ialah amat tinggi sekali. Sehubungan itu, kami mencadangkan agar syarikat memperluaskan
                   perkhidmatan kepada perkhidmatan menghantar makanan untuk hidangan tengah hari di Wilayah
                   Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur.

                    4.  Cadangan Perlaksanaan
                   4.1  Melaksana kajian tentang saiz dan keperluan pelanggan, serta saingan.
                   4.2  Menyedia Carta Alir Proses Kerja dari awal hingga ke akhir.
                   4.3  Memperinci butiran perbelanjaan operasi.
                   4.4  Menganggar keuntungan dan meramalkan kerugian.
                   4.5  Menentukan strategi pemasaran.
                   4.6  Mempromosikan melalui pelbagai saluran media.
                   4.7  Menjalani kajian impak projek.

                    5. Penutup
                   Semoga program ini dapat menyediakan kepada pelanggan hidangan tengah hari yang lengkap,
                   lazat, dan berkhasiat serta mendatangkan pulangan kepada syarikat.
                   Disediakan oleh:
                   Unit Jualan dan Promosi,
                   Syarikat Sajian Tular Sdn. Bhd.

                           5.6.1  Menganalisis dan membetulkan kesalahan kata dan frasa dalam sesuatu ayat.
                 210
   217   218   219   220   221   222   223   224   225   226   227