Page 224 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 224

Tarikan Papan Tanda Iklan






                              1.  Baca surat secara nyaring dengan sebutan dan intonasi yang betul.
             TEMA 17          2.  Analisis maklumat menggunakan teknik bacaan 5W1H.
                              3.  Kemukakan pendapat anda tentang:
                                  i.  Sebab-sebab syarikat Pembina Sejahtera Sdn. Bhd. dipilih oleh Ahli

                                       Lembaga Pengarah.
                                 ii.  Perkara-perkara yang akan diambil kira oleh kedua-dua pihak ketika
                                       perbincangan tentang caj perkhidmatan pemasangan diadakan.
             Era Baharu Industri  Syarikat Akar Teguh Sdn. Bhd.,


                   Lot 707, Taman Perindustrian,
                   09000 Kulim,
                   Kedah.

                   Pengarah,
                   Syarikat Pembina Sejahtera Sdn. Bhd.,
                   No. 15 & 16, Persiaran Industri,
                   Kawasan Perindustrian 2020,
                   13600 Prai,
                   Pulau Pinang.                                                       18 OKTOBER 20
                   Tuan,
                   Tawaran Pemasangan Papan Tanda Iklan
                   Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa syarikat kami telah mendapat tender pembinaan dan
                   pemasangan papan tanda iklan.
                   2.  Sehubungan dengan itu, syarikat kami ingin menawarkan kerja-kerja pemasangan papan tanda
                   yang telah disiapkan oleh syarikat kami di beberapa lokasi strategik sepanjang jalan raya utama
                   di sekitar Pulau Pinang. Pemilihan syarikat tuan telah diputuskan dalam mesyuarat Ahli Lembaga
                   Pengarah atas dasar rekod perkhidmatan  cemerlang  yang telah ditunjukkan oleh syarikat tuan
                   sebelum ini.
                   3.  Pihak tuan diberi masa 14 hari dari tarikh surat ini untuk menyatakan persetujuan atau penolakan.
                   Perbincangan tentang caj perkhidmatan pemasangan dan hal-hal lain boleh dibuat dengan pihak
                   kami dalam tempoh tersebut.
                   4.  Bersama-sama  dengan  surat  ini  dilampirkan  syarat-syarat  keselamatan  dan  spesifikasi
                   pemasangan papan tanda yang wajib dipatuhi untuk rujukan dan panduan tuan.
                   Sekian, terima kasih.
                    Jemain                                                                     Sudahkah anda membayar cukai?
                                                                                               Jalankan tanggungjawab anda.
                   (DATO’ HAJI JEMAIN BIN HAJI RAQIBAN)                                       Cukai - daripada rakyat untuk rakyat.
                   Pengarah,
                   Syarikat Akar Teguh Sdn. Bhd.
                           2.1.1 Membaca surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi dan teks pengacaraan dengan sebutan dan
                 212           intonasi yang betul serta mengenal pasti maksud tersurat dan tersirat.
   219   220   221   222   223   224   225   226   227   228   229