Page 226 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 226
Berbalas Pantun:
Manfaatkan Teknologi dalam Industri
TEMA 17 Persembahkan pantun dengan sebutan, intonasi dan nada secara kreatif.
Buah rambutan di tepi kali,
Dipetik isteri dijual di pekan;
Era Baharu Industri Mengapa industri tetap diutamakan?
Sumber pendapatan banyak sekali,
Pergi berjaja halia lengkuas,
Naik sampan ke pekan dituju;
Peluang kerja terbuka luas,
Industri mapan berdaya maju.
Pulau misteri berbeting-beting,
Di tepi muara ikan berkaparan;
Kalau industri itu penting,
Bagaimanakah cara tingkatkan pengeluaran?
Makan berangan dari Kemboja,
Di atas titi di tepian perigi;
Abaikan jangan latihan pekerja,
Tingkatkan kualiti gunakan teknologi.
Buah durian masak sebelah,
Gugur sebiji tersangkut di dahan;
Demi perindustrian berpenat lelah,
Tatkala diuji mampukah bertahan?
Hujan lebat kilat memancar,
Berlarian kelasi di tepi pangkalan;
Saingan hebat strategi dilancar,
Kajian dan inovasi jadi amalan. Cari maklumat
tentang
pertandingan
Zanariah Abdol berbalas pantun.
SM Sains Johor
4.4.2 Mempersembahkan pantun dengan sebutan, intonasi dan nada secara kreatif.
214

