Page 227 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 227

Sembang Usahawan






                                 Analisis bahagian yang bercetak warna merah dan jika bahagian tersebut
                                                                                                                  TEMA 17
                                 mengandungi kesalahan, betulkan. Kemudian, kategorikan jenis kesalahan tersebut.



                    Juruhebah:  Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan salam sejahtera
                                dan selamat datang ke studio kepada Puan Hajah Rokiah
                                binti Mohd Salleh. Terima kasih kerana sudi hadir untuk
                                sesi temu ramah pada hari ini. Oleh sebab masa itu emas,
                                bolehkah puan menceritakan tentang pelibatan awal puan
                                dalam industri membuat keropok lekor ini?                                         Era Baharu Industri
                    Usahawan:  Sebelum ini, saya adalah penjawat awam. Saya suka
                                memperhatikan tingkah laku rakan taulan dan saudara-mara
                                saya. Dari pemerhatian saya, makanan ringan yang
                                dicari sama ada untuk sarapan dan minum petang ialah
                                keropok lekor. Walau bagaimanapun, agak sukar  bagi
                                penduduk-penduduk di kawasan penempatan ini untuk
                                memperolehi keropok lekor.  Kalau ada pun, harganya
                                agak mahal. Oleh itu, timbul idea untuk membuat sendiri
                                keropok lekor. Rakan-rakan sekerja yang mengetahui
                                telah memujuk saya agar membuatkan keropok lekor untuk
                                mereka. Bak kata pepatah, rezeki jangan ditolak, maut jangan
                                dicari, saya pun mulai mengambil tempahan secara kecilan.
                    Juruhebah:   Apakah yang mendorong puan untuk menceburi di dalam
                                industri ini?
                    Usahawan:  Pada mulanya, saya mendapat dorongan rakan-rakan.
                                Rakan-rakan mengadu tentang keropok lekor yang dibeli.
                                Menurut mereka, keropok lekor yang dibeli kecil-kecil
                                sahaja tetapi harganya mahal-mahal. Merekalah yang
                                mencadangkan agar keropok lekor ini diusahakan secara
                                serius. Setelah memaklumi ahli keluarga saya hasrat
                                saya itu, mereka juga memberi sokongan. Akhirnya, saya
                                mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan agar
                                saya dapat mengusahakan secara sepenuh masa. Berita
                                perletakan jawatan saya itu disambut baik oleh pelanggan
                                tetap Nor Keropok Lekor. Hingga kini, saya telah membuka
                                enam cawangan atas permintaan pelanggan.
                    Juruhebah:   Oh, begitu!  Baiklah  pendengar  sekalian,  kita  berhibur
                                dahulu dengan sebuah lagu. Jangan ke mana. Kita sambung
                                Sembang Usahawan sebentar sahaja lagi.




                            5.6.1 Menganalisis dan membetulkan kesalahan kata dan frasa dalam sesuatu ayat.
                                                                                                         215
   222   223   224   225   226   227   228   229   230   231   232