Page 93 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 93

Bangsawan Dekat di Hati





                             1.  Baca secara luncuran untuk mengenal pasti tajuk-tajuk utama, tajuk-tajuk
                                 kecil, dan maklumat yang terkandung dalam pendahuluan dan rumusan.
                             2.  Rangka maklumat yang diperoleh dalam bentuk peta pemikiran dan buat              TEMA 7  TEMA 7
                                 kesimpulan tentang maksud keseluruhan bahan.
                             3.  Berdasarkan jadual, analisiskan maklumat yang terdapat dalam jadual.


                    Bangsawan ialah teater yang menceritakan kisah raja zaman dahulu kala yang dipersembahkan
                    di panggung. Bangsawan pernah mengecapi zaman kegemilangannya pada awal abad ke-20.
                    Selepas berkembangnya teknologi penyiaran televisyen sekitar tahun 60-an, seni bangsawan
                    semakin hari semakin jauh daripada hati rakyat. Menyedari hakikat ini, Jabatan Kebudayaan dan
                    Kesenian Negara dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah menjalankan usaha         Indah Seni Gah Budaya Indah Seni Gah Budaya
                    untuk memelihara, memulihara, dan membangunkan seni bangsawan ini semula agar tak lapuk
                    dek hujan, tak lekang dek panas.
                        Sehubungan dengan itu, untuk memelihara,  memulihara,  dan membangunkan  seni
                    bangsawan ini, Program Semarak Bangsawan telah diperkenalkan pada tahun 2007. Program
                    ini juga bertujuan untuk memartabatkan seni persembahan bangsawan di samping menonjolkan
                    warisan dan keperibadian  bangsa. Bertitik  tolak  daripada  usaha itu,  Panggung Bandaraya
                    Kuala Lumpur dan Auditorium Dewan Bandaraya telah menjadi saksi kepada kebangkitan
                    semula seni bangsawan ini.
                                                          PROGRAM SEMARAK BANGSAWAN:
                                                         PEMENTASAN DARI TAHUN 2007 – 2016
                                                                  BILANGAN      BILANGAN
                                                  BIL  TAHUN                                 JUMLAH
                                                                PEMENTASAN         HARI
                                                   1.    2007         9              4          36
                                                   2.    2008         8              4          32
                                                   3.    2009         10             4          40
                                                   4.    2010         10             4          40
                                                   5.    2011         8              3          24
                                                   6.    2012         9              3          27
                                                   7.    2013         9              3          27
                                                   8.    2014         8              3          24
                                                   9.    2015         7              3          21
                                                  10.    2016         7            3+1*         22
                                                    JUMLAH            85             -          293
                                                 *Jumlah pementasan, empat kali termasuk pertunjukan siang atau matinee.
                                                  (Sumber: Jabatan Kebudayaan
                                                         dan Kesenian Negara)       Cari maklumat tentang etika ketika
                                                                                    menyaksikan seni persembahan
                                                                                    bangsawan atau teater.


                          2.2.3  Membaca secara luncuran dan imbasan untuk memahami serta meneroka maksud keseluruhan
                              daripada pelbagai bahan.                                                    8181
   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98