Page 94 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 94

Budaya Bangsa Usah Dilupakan






                            Berdasarkan bahan, bina kerangka karangan tentang budaya bangsa tanah air
             TEMA 7  TEMA 7  dalam bentuk grafik.




                     Usang dibarui, lapuk dikajangi  merupakan
                     peribahasa Melayu yang bermaksud bahawa
                     mana-mana adat atau kebiasaan yang sudah
             Indah Seni Gah Budaya Indah Seni Gah Budaya  lama dibaiki atau diganti. Peribahasa ini jelas
                     dilupakan dihidupkan kembali, manakala yang

                     menunjukkan bahawa adat dan budaya tradisi
                     yang  baik  wajar  dipertahankan,  dijaga,  dan
                     diwariskan daripada satu generasi kepada satu
                     generasi yang lain.
                        Sebagaimana  yang kita  ketahui,  negara
                     kita, Malaysia, terdiri daripada pelbagai kaum                Seni mempertahankan diri
                     dan etnik. Setiap kaum dan etnik mempunyai
                     budaya tradisi yang tersendiri. Oleh sebab
                     itu, tidak hairanlah jika negara yang kita
                     cintai  ini dikagumi kerana diwarnai oleh   Pementasan wayang kulit
                     kepelbagaian  budaya tradisi yang unik lagi
                     menarik. Budaya tradisi tersebut mencakupi
                     pelbagai aspek kehidupan termasuklah aspek
                     bahasa, makanan, pakaian, permainan,  seni
                     mempertahankan diri, dan adat istiadat. Adat
                     dipakai baru, kain dipakai usang. Oleh hal yang
                     demikian, hargailah budaya kita kerana budaya                   Pementasan wayang kulit
                     melambangkan bangsa.




















                   Menenun kain                                                   Memakai pakaian tradisional


                        3.4.1 Membina kerangka karangan dalam bentuk grafik secara terancang.
                 8282
   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99