Page 11 - SMKDHHY BUKU PANDUAN 2017
P. 11
BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKDHHY 2017
LENCANA SEKOLAH
4 Jalur melambangkan Obor dan buku melambangkan
perkembangan potensi individu keilmuan
serta menunjukkan empat objektif
sekolah iaitu :
a) Kecemerlangan Disiplin
Kendiri Bulatan berangkai melambangkan
b) Kecemerlangan Akademik sukan dan olahraga
c) Kecemerlangan Kokurikulum
d) Kecemerlangan
Kewarganegaraan
Roda berigi melambangkan sains
dan teknologi
Petunjuk :
1. Keseluruhan lengkok luar berbentuk huruf “U” melambangkan perkataan-perkataan USAHA dan
UNTUK
2. Separuh lengkok luar berbentuk “J” melambangkan perkataan “JAYA” (Kejayaan).
3. Warna kuning dan hijau adalah warna sekolah.
4. Bahagian atas yang mengandungi nama sekolah :
a) Latar belakang nama sekolah yang berwarna merah melambangkan keberanian menghadapi masa
depan.
b) Nama sekolah yang ditulis dengan warna putih melambangkan kesucian rohani.
5. Keseluruhan aspek yang dinyatakan di bahagian bawah lencana ini adalah menjadi tunggak kepada
bahagian atas yang menunjukkan bahawa Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Haji Hassan Yunus
akan melahirkan insan yang suci dan berani menghadapi cabaran hidup masa depan untuk menuju
Wawasan 2020.
BUNGA ALAMANDA
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Haji Hassan Yunus, Rengam telah memilih ‘Alamanda’ sebagai bunga
sekolah atas beberapa sebab.
Alamanda merupakan salah satu tumbuhan yang tahan lasak di negara ini. Tumbuhan ini boleh hidup di mana-
mana. Daunnya sentiasa hijau dan bunganya yang kuning cerah sentiasa ada.
Harapan sekolah adalah menghasilkan pelajar-pelajar yang berdikari dan berketerampilan, yang akan sentiasa
aktif dan produktif di kalangan masyarakat, dan yang akan menjadi ahli-ahli masyarakat yang boleh dicontohi
dalam menghadapi cabaran-cabaran pada masa akan datang.
xi

