Page 14 - SMKDHHY BUKU PANDUAN 2017
P. 14
BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKDHHY 2017
PIAGAM PELANGGAN
SMK Dato’ Haji Hassan Yunus komited dan berjanji akan memberikan perkhidmatan yang baik kepada semua
pelanggan kami.
Kepada Murid
1. Memberikan pendidikan berkualiti kepada semua murid.
2. Memahami dan menghormati perbezaan kemampuan murid dalam pengajaran dan pembelajaran.
3. Melaksanakan keadilan dan kesaksamaan dalam proses pembentukan modal insan.
4. Membentuk Kemahiran Memimpin, Berfikir, Pengetahuan, Identiti Nasional, Etika dan Kerohanian serta
Dwibahasa.
Kepada Guru dan Kakitangan
1. Membentuk persekitaran kerja yang kondusif.
2. Adil dan saksama dalam segala keputusan.
3. Menjaga kebajikan dan peningkatan kerjaya semua warga kerja.
4. Meningkatkan Akses, Kualiti, Ekuiti, Perpaduan dan Kecekapan.
Kepada Waris
1. Menjaga kebajikan dan keselamatan anak-anak di sekolah.
2. Bersedia menerima cadangan dan teguran yang dapat membina kecemerlangan.
3. Menyediakan jalinan dan jaringan hubungan antara sekolah dan masyarakat.
4. Adil dan saksama kepada semua.
LAGU SEKOLAH
Berdiri megah nan indah
SMK Dato Haji Hassan Yunus
Kau bawa cahaya
Kau penggerak minda
Menjana warisan yang cemerlang
Usaha untuk kejayaan
Nilai murni jadi amalan
Wadah kesucian
Nurani jasmani
Menjulang tinggi pendidikan bestari
Majulah dan terus berjaya
Mendukung wawasan yang mulia
Kami anak merdeka
Bersumpah setia
Berbakti untuk rakyat Malaysia
Majulah dan terus berjaya
Mendukung wawasan yang mulia
Kami anak merdeka
Bersumpah setia
Berbakti untuk rakyat Malaysia
Yang gemilang
xiv

