Page 12 - SMKDHHY BUKU PANDUAN 2017
P. 12
BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKDHHY 2017
MOTO
‘Usaha Untuk Kejayaan”
VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi
Negara
Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.7 / 2013 yang
diadakan pada 27 September 2013 telah membuat
pemilihan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) yang baru.
FALSAFAH
Percaya Bahawa Semua Murid Boleh Dididik, Boleh Diajar, Dan Boleh Berjaya.
MATLAMAT
1. Berusaha ke arah pencapaian mutu, peningkatan dan pencapaian kecemerlangan dalam bidang kurikulum,
kokurikulum serta bidang-bidang lain di peringkat sekolah.
2. Mewujudkan iklim dan budaya sekolah yang positif bagi melahirkan sebuah sekolah yang berkesan dengan
menggerakkan segala sumber tenaga di sekolah dan masyarakat setempat.
3. Melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan kepada sekolah, masyarakat dan
negara.
OBJEKTIF SEKOLAH
1. Merancang, mengelola, memimpin dan memantau (POLC) program dengan berkesan.
2. Meningkatkan prestasi pencapaian pelajar-pelajar dalam peperiksaan SPM dan STPM.
3. Meningkatkan penyertaan dan prestasi pelajar-pelajar dalam bidang kokurikulum.
4. Meningkatkan disiplin pelajar-pelajar supaya sentiasa berada pada tahap yang tinggi.
5. Pengurusan dan pentadbiran sekolah dikendalikan dengan cemerlang dan mengikut peraturan
6. Membina iklim dan suasana keselamatan, kebersihan dan keindahan sekolah agar mewujudkan keadaan
pembelajaran dan pengajaran yang kondusif.
7. Menjaga hubungan baik dengan ibu bapa/ penjaga, PIBG, badan-badan kerajaan, swasta, NGO dan
masyarakat sekeliling .
8. Mewujudkan perhubungan yang mantap dengan PPD, JPNJ, KPM dan sekolah-sekolah berhampiran .
9. Falsafah SMKDHHY adalah percaya bahawa semua murid boleh diajar dan boleh berjaya
OBJEKTIF PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
1. Meningkatkan pengurusan kualiti.
2. Mencapai pengurusan kewangan audit cemerlang.
3. Meningkatkan peratus keberadaan guru.
4. Meningkatkan keilmuan profesionalisme dalam kalangan guru dan AKP.
5. Meningkatkan peratus penggunaan ICT dalam pengurusan dan pentadbiran.
xii

