Page 11 - Antologi Cerpen Jalan Pulang
P. 11
Azaika SR
banyak. Syarikatnya banyak mendapat projek mewah. Duit
keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan
melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli
beberapa buah banglo dan kereta mewah. Tindakannya
berbelanja boros ini telah ditegur oleh Zamri iaitu Pegawai
Akaun di syarikatnya. Namun begitu tidak diendahkannya.
“Jangan berbelanja boros, Encik Shauki. Syarikat
kita akan menerima padah nanti.”
“Itu hak saya, Zamri. Saya pengurus besar di
syarikat ni. Bukannya awak. Saya boleh buat apa aja yang
saya suka. Awak tu makan gaji dengan saya. Faham!”
“Saya faham, Encik Shauki …,” dia tidak sempat
untuk menghabiskan kata-kata.
“Dah tu? Awak jangan nak pandai-pandai
nasihatkan saya. Awak pergi buat kerja awak.” Shauki
sebaliknya pantas memotong dengan penuh rasa bongkak
dan sombong.
Dia juga telah menjalankan perniagaan dengan cara
yang salah. Dia sanggup memberi rasuah kepada pihak yang
bertanggungjawab untuk mendapatkan projek mewah. Ini
tidak disenangi oleh Musa iaitu Pegawai Pemasaran di
syarikatnya.
“Encik Shauki menjalankan perniagaan dengan
cara yang salah.”
“Salah kata awak?”
“Ya. Rasuah salah di sisi agama dan undang-
undang.”
“Awak sebagai pekerja ikut arahan saya. Awak
jangan cuba nak nasihatkan saya. Dengar sini baik-baik.
Tender tu lumayan. Kalau kita tak umpan mereka, kita akan
terlepas. Faham!”
10
Teks Jalan Pulang.indd 10 05/05/2020 14:39:57

