Page 8 - Antologi Cerpen Jalan Pulang
P. 8
Jalan Pulang
“Apa? Abang dah berhenti kerja?” ujarnya dengan
penuh rasa terkejut.
“Ya, Mah. Abang nak buka syarikat sendiri,” dia
menjawab sambil menghirup air teh yang masih panas itu.
Kemudian perlahan-lahan diletakkannya semula cawan itu ke
bawah. Asap nipis yang keluar daripada air teh itu kelihatan
teroleng-oleng naik ke atas.
“Nak buka syarikat perlukan duit yang banyak,
bang. Mana abang nak cari?”
“Abang akan buat pinjaman bank.”
“Betul. Tapi, mampu ke abang bayar balik?”
“Abang mampu, Mah. Kalau orang lain boleh bayar
balik kenapa abang tak boleh. Kalau orang lain boleh berjaya
dalam perniagaan kenapa abang tak boleh.”
“Mah takut, bang.”
“Takut apa?”
“Abang baru kerja 5 tahun. Dah nak buka syarikat
sendiri.”
Dia hanya mendiamkan diri sahaja apabila
mendengar kata-kata isterinya itu. Ketiga-tiga orang anaknya
iaitu Shahril, Suzana dan Syazwan kelihatan sedang asyik
menonton rancangan kartun yang disiarkan di televisyen.
Sekali-sekala kedengan hilai tawa mereka yang
hampir memecahkan ruang tamu rumah teres berkembar
dua tingkat itu. Dia kemudiannya mengukir senyuman kecil
sambil memandang tepat wajah isterinya. Gelagatnya itu
nyata sekali tidak menyenangkan isterinya.
“Sebagai isteri Mah sepatutnya beri semangat pada
abang. Bukannya matikan semangat, abang.”
“Itu Mah tahu, bang.”
7
Teks Jalan Pulang.indd 7 05/05/2020 14:39:56

