Page 7 - Antologi Cerpen Jalan Pulang
P. 7

Azaika SR


              pusing yang berwarna merah hati. Shauki merasa tidak
              senang duduk. Resah-gelisah. Kepanasan. Walaupun berada
              dalam bilik yang berhawa dingin.
                     Dia kemudiannya bingkas bangun dan perlahan-
              lahan menuju ke arah jendela kaca. Dia lalu melontarkan
              pandangan ke arah bangunan-bangunan yang menjulang
              tinggi hingga mencakar langit.
                     “Awak dah fikir masak-masak?” tanya Encik
              Redzuan iaitu Pengurus Besar Syarikat Inderapura Holdings
              Sdn. Bhd. sebaik-baik sahaja selesai membaca surat
              perletakan jawatan Shauki.
                     “Sudah, Encik Redzuan. Saya harap Encik Redzuan
              akan meluluskan permohonan saya ini.”
                     “Awak nak buka syarikat sendiri?”
                     “Ya, Encik Redzuan. Saya nak ikut jejak langkah
              Encik Redzuan. Berjaya menjadikan syarikat ini hingga
              bertaraf korporat.”
                     “Saya  bangga  dengan  semangat  awak.  Tapi,  saya
              tetap bimbang. Dunia perniagaan ni banyak cabarannya.
              Kalau awak tak pandai menanganinya, awak akan gagal.”
                     “Encik Redzuan jangan bimbang. Saya yakin.
              Pengalaman saya sewaktu bekerja dengan syarikat ini akan
              membantu saya untuk maju dalam bidang perniagaan.”
                     “Baiklah. Kalau begitu keputusan awak, saya tak
              boleh berbuat apa-apa. Saya luluskan permohonan awak ni.
              Saya berdoa semoga cita-cita awak akan tercapai.”
                     “Terima kasih, Encik Redzuan.”
                     Tindakannya meninggalkan Syarikat Inderapura
              Holdings Sdn. Bhd. mendapat tentangan keras daripada
              isterinya iaitu Rahimah.




                                     6






 Teks Jalan Pulang.indd   6                                   05/05/2020   14:39:56
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12