Page 10 - Antologi Cerpen Jalan Pulang
P. 10

Jalan Pulang



                     “Sama-sama!”    dia    membalas     sambil
              menganggukkan kepala dan pantas berlalu pergi dari situ.
                     Tanpa membuang masa lagi, mereka lalu
              menikmati  makanan  dan  minuman  yang  dipesan.  Selepas
              selesai menikmati makanan dan minuman, mereka berdua
              menyambung semula perbualan.
                     “Aku bukannya apa, Ki. Sebagai seorang kawan, aku
              tak mahu kau menyesal di kemudian hari. Berniaga ni bukan
              senang, Ki. Ibarat kapal di tengah lautan. Kalau kau tak
              pandai menghadapi gelombang, kau akan tenggelam,”
              nasihat Afian dengan panjang lebar.
                     “Kau sama dengan isteri aku. Bukan nak bagi
              semangat. Nak patahkan semangat.” Dia langsung tidak
              menghiraukan nasihat sahabat karibnya itu.
                     “Ini bukan soal beri semangat atau patahkan
              semangat, Ki. Aku bercakap ni adalah berdasarkan
              kenyataan.”
                     “Kenyataan apa?”
                     “Kau jangan ikut rentak orang, Ki. Bila kau tengok
              orang lain buka syarikat, kau pun nak buka syarikat. Dia
              orang tu mungkin dah berpuluh-puluh tahun menceburi
              bidang perniagaan. Sedangkan kau baru 5 tahun bekerja
              dengan Syarikat Inderapura Holdings Sdn. Bhd.”
                     “Terima kasih, Pian. Kerana menasihatkan aku.
              Tapi, kau tak akan dapat mengubah keputusan aku. Kita dah
              lama berkawan. Kau tentu arif dengan prinsip hidup aku,
              bukan? Apa yang aku kata mesti aku kota,” Shauki membalas
              dengan panjang lebar.
                     Selang beberapa bulan kemudian dia pun
              menubuhkan Syarikat Perkasa Construction Sdn. Bhd.
              Ternyata syarikatnya berjaya memperolehi keuntungan yang



                                     9






 Teks Jalan Pulang.indd   9                                   05/05/2020   14:39:57
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15