Page 9 - Antologi Cerpen Jalan Pulang
P. 9
Azaika SR
“Dah tu?”
“Mah takut syarikat abang tak akan bertahan lama.”
“Kenapa Mah cakap macam tu?”
“Berniaga ni bukannya senang, bang.”
“Mah jangan bimbang. Yang nak berniaga, abang.
Bukannya, Mah. Keuntungan yang dapat bukan milik abang
seorang. Mah dan anak-anak akan dapat jugak nanti.”
“Entahlah, bang. Susah Mah nak cakap dengan
abang ni. Mah cuma ingatkan abang aje. Mah tak mahu
abang menyesal di kemudian hari.”
“Abang tak akan menyesal, Mah. Abang yakin.
Syarikat abang akan maju.”
Keesokan harinya dia keluar makan tengah hari
bersama dengan sahabat karibnya iaitu Afian.
“Apa? Kau nak buka syarikat? Kau jangan nak olok-
olok dengan aku, Ki?” soal Afian sambil membetulkan duduk.
“Betul, Pian. Aku tak olok-olok,” dia menjawab.
Afian sebaliknya ketawa kecil apabila mendengar
kata-katanya itu. Gelagat yang ditunjukkan oleh sahabat
karibnya itu benar-benar menghairankannya.
“Kenapa kau ketawa? Apa? Kau tak yakin yang aku
boleh berjaya dalam bidang perniagaan?”
“Aku tak bermaksud begitu.”
“Habis?”
Perbualan mereka yang rancak lantas terhenti.
Pelayan lalu menghampiri mereka berdua sambil membawa
makanan dan minuman yang dipesan iaitu 2 pinggan nasi
beriani dan 2 gelas air sirap limau.
“Terima kasih,” ucap Shauki.
8
Teks Jalan Pulang.indd 8 05/05/2020 14:39:56

