Page 23 - Antologi Cerpen Jalan Pulang
P. 23
Azaika SR
sayup kedengaran suara ombak memecah pantai. Buih-buih
memutih berapungan di gigian. Bayu laut bertiup segar.
Dingin terasa menyapu kulit Pak Long yang telah tua itu.
Pepohonan rendang yang terdapat di sekitar pangkalan
meliuk-liuk ke kiri dan kanan. Mengikut rentak tiupan
lembut bayu laut.
Pak Long dapat membayangkan keadaan zaman
dahulu sewaktu kegemilangan pemerintahan raja Kota
Warisan. Sibuk dengan pedagang-pedagang luar. Cukai di
pangkalan dikutip oleh pembesar yang telah diperintahkan.
Kota Warisan terkenal dengan kekayaan. Masyhur namanya
di serata negeri.
Datuk Pak Long juga bercerita akan kehebatan
Panglima Muda. Dilantik oleh raja sebagai panglima kanan
istana. Mengikut raja ke mana sahaja pergi. Kehebatannya
terkenal dengan menghapuskan lanun. Panglima Muda
memiliki ilmu persilatan yang tinggi dan handal bermain
senjata. Sukar ditandingi musuh. Mudah membaca helah dan
tipu daya. Bukan calang-calang orangnya.
Panglima Muda dikatakan berguru di Tanah
Seberang. Guru yang mengajarnya juga hebat orangnya.
Menghabiskan seluruh hidupnya dengan beramal ibadat
kepada Tuhan. Panglima Muda telah dihadiahkan oleh
gurunya sebilah keris. Selagi dia memakai keris itu Kota
Warisan dilindungi daripada ancaman musuh.
Dengan renungan tajam bersama makna yang
penuh tersirat Pak Long kemudiannya melemparkan
pandangan ke arah Kota Warisan yang nampak tersergam
indah di atas puncak bukit. Biarpun usianya telah melewati
ratusan tahun. Ditariknya nafas panjang. Kota Warisan
adalah sebahagian daripada hidupnya. Pak Long seolah-olah
tidak boleh hidup tanpa Kota Warisan. Walaupun sehari
22
Teks Jalan Pulang.indd 22 05/05/2020 14:39:58

