Page 30 - Antologi Cerpen Jalan Pulang
P. 30
Jalan Pulang
Apabila terpandang paras wajah Hulubalang Jiwa. Dalam
majlis keramaian yang turut dihadiri oleh pembesar dan
rakyat jelata.
Raja turut mempelawa Hulubalang Jiwa tinggal
beberapa hari di Negeri Taman Seri sebagai tetamu.
Hulubalang Jiwa menerima pelawaan raja itu dengan senang
hati. Namun begitu kehadirannya sebagai tetamu raja itu
tidak disenangi oleh Datuk Lang Hitam. Salah seorang
pembesar istana.
Datuk Lang Hitam lalu mempengaruhi raja.
Dengan mengatakan kedatangan Hulubalang Jiwa bukan
semata-mata untuk meminang Puteri Bunga. Tetapi
sebenarnya adalah berniat jahat. Raja tidak termakan dengan
fitnah Datuk Lang Hitam itu. Raja sebaliknya menasihatkan
Datuk Lang Hitam agar tidak membuat tuduhan melulu.
Buruk padahnya nanti. Datuk Lang Hitam benar-benar
merasa kecewa dan marah. Rancangannya tidak menjadi.
“Aku betul-betul benci dengan hulubalang dari
Negeri Kembang Hayat tu!” luah Datuk Lang Hitam. Dengan
rasa penuh geram.
“Hamba pun begitu, datuk. Baru sekali datang
kemari. Senang-senang sahaja dia diterima sebagai tetamu
negeri. Kita mesti cari jalan. Kita mesti usir dia!” sokong
Bara. Orang kanan Datuk Lang Hitam.
“Tak semudah itu, Bara. Dia telah menjadi orang
kesayangan raja. Padahal dia orang luar. Aku dah atur
rancangan!” katanya.
“Rancangan apa, Datuk?” soal Bara pula dengan
penuh minat.
“Begini. Kita mesti hapuskan hulubalang tu dalam
perjalanan pulang membawa Puteri Bunga ke Negeri
29
Teks Jalan Pulang.indd 29 05/05/2020 14:39:59

