Page 29 - Antologi Cerpen Jalan Pulang
P. 29
Azaika SR
Hulubalang Jiwa menempuhi pelbagai halangan dan
rintangan. Ancaman perompak.
Hulubalang Jiwa bukan calang-calang orangnya.
Memiliki ilmu persilatan tinggi. Handal bermain senjata.
Kesemua perompak dapat ditewaskannya.
Rupanya semua ini telah diatur oleh Datuk Gagak.
Cemburu dan irihati dengan Hulubalang Jiwa. Dipilih oleh
raja untuk meminang Puteri Bunga yang cantik rupawan.
“Cis! Dia seorang pun tak boleh dikalahkan!”
bentaknya dalam suara yang lantang dan berwajah bengis.
“Dia memang hebat ….”
“Ah! Tambah lagi orang-orang kita. Hulubalang
Jiwa mesti dihapuskan!”
“Baik, Datuk!”
Demikianlah jahatnya Datuk Gagak. Apabila
Hulubalang Jiwa mati nanti sudah tentu raja akan
memerintahkan dia untuk pergi meminang Puteri Bunga.
Sudah tentu dia akan mendapat kurnia apabila raja berjaya
memperisterikan Puteri Bunga.
Hulubalang Jiwa selamat tiba di Negeri Taman Seri.
Peminangan raja telah diterima. Raja Negeri Taman Seri pun
mengadakan majlis keramaian untuk meraikan Hulubalang
Jiwa.
“Siapa nama hulubalang dari Negeri Kembang
Hayat tu, mak inang?” tanya Puteri Bunga.
“Jiwa, tuan puteri,” dia menjawab.
“Jiwa! Sedap namanya. Kena dengan orangnya.
Tampan dan gagah,” Puteri Bunga sebaliknya membalas.
Mak Inang tertawa kecil apabila mendengar kata-
kata Puteri Bunga itu. Keasyikan. Melanda jiwa Puteri Bunga.
28
Teks Jalan Pulang.indd 28 05/05/2020 14:39:59

