Page 25 - Antologi Cerpen Jalan Pulang
P. 25
Azaika SR
Sudah menjadi lumrah hidup manusia. Yang baik susah
diterima. Yang buruk senang diterima.
Tak ubah seperti seorang pejuang. Berkorban demi
agama, bangsa dan tanah air tercinta. Begitu jugalah halnya
dengan Pak Long. Berjuang bermati-matian. Sehingga ke
titisan darah yang penghabisan. Demi untuk Kota Warisan.
Jauh panggang dari api. Pak Long tidak mengejar
nama. Apatah lagi minta jasa dikenang. Cukuplah dengan
sekadar apabila dia menutup mata nanti buat selama-
lamanya Kota Warisan ditatapi oleh cucu cicitnya. Sayang
Pak Long pada Kota Warisan tak ubah seperti menatang
minyak yang penuh. Pak Long sanggup berpanas dan
berhujan menebas semak samun yang terdapat di kawasan
persekitaran Kota Warisan.
Entah dari mana datangnya semangat. Entah dari
mana datangnya kekuatan. Sukar untuk mempercayai kudrat
Pak Long yang tak sepadan dengan usianya mampu
menjadikan kawasan persekitaran Kota Warisan terang dan
bersih. Seperti baru dibuka. Niat suci Pak Long ini
malangnya disalahertikan oleh penduduk kampung.
Mereka menganggap Pak Long sudah hilang akal
dan membuat kerja sia-sia. Begitu juga dengan isteri dan
anak-anak. Marah dengan tindakan Pak Long itu. Malu!
Heboh satu kampung. Tapi Pak Long tak peduli itu semua.
Tidak mahu mencari musuh dengan membalas tohmahan
yang dilemparkan. Berpegang teguh pada hidup dalam
kampung adalah mengutamakan silaturrahim dan
bermuafakat. Lagipun Islam melarang umatnya bersengketa
sesama sendiri. Semangatnya tidak luntur. Sama seperti yang
dimiliki oleh moyangnya sewaktu menjadi hulubalang Kota
Warisan dulu.
24
Teks Jalan Pulang.indd 24 05/05/2020 14:39:59

