Page 26 - Antologi Cerpen Jalan Pulang
P. 26
Jalan Pulang
Kota Warisan tak pernah sunyi dengan pelawat,
penyelidik dan pelajar tanpa mengira peringkat menengah
atau universiti yang terlibat dengan bidang sejarah.
Adakalanya Pak Long menjadi pemandu pelancong
memberikan penerangan. Ada ketikanya Pak Long menjadi
pemberi maklumat membantu kajian. Pak Long merasa
sungguh seronok. Soal bayaran Pak Long tak kisah langsung.
Asalkan mereka mendengar cerita Kota Warisan.
Pak Long bukannya tak suka pembangunan.
Sesuatu yang baik tak seharusnya ditolak. Untuk dinikmati
bersama dengan penduduk kampung. Pak Long sedar. Zaman
dahulu dengan zaman sekarang jauh berbeza. Zaman
mudanya dengan zaman tua yang dilaluinya hari ini umpama
langit dan bumi. Dituntut agar berfikiran terbuka.
Cuma Pak Long tak mahu Kota Warisan menjadi
mangsa keadaan itu. Kalau boleh biarlah pemaju membuat
resot mewah berjauhan dari Kota Warisan. Rayu Pak Long
pada pemaju dari kota besar itu. Namun ditolak mentah-
mentah. Alasan pemaju Kota Warisan adalah tempat yang
strategik untuk didirikan resot mewah. Kedudukannya
mengadap ke arah laut. Tempat yang strategik akan menjadi
tumpuan pelancong. Mereka telah membuat kajian.
Pemaju mengingatkan Pak Long. Kota Warisan
bukan miliknya. Jangan ganggu perancangan yang telah
mereka atur. Darah hulubalang yang diwarisi dari
moyangnya lantas mengalir apabila mendengar kata-kata
yang dilontarkan oleh pemaju yang tidak menghargai akan
kepentingan nilai sejarah sebagai harta pusaka bagi generasi
yang akan datang. Demi Kota Warisan. Pak Long menentang
habis-habisan.
Pak Long turut diberi amaran oleh pemaju. Akan
melaporkan kepada pihak berkuasa kerana mengganggu
25
Teks Jalan Pulang.indd 25 05/05/2020 14:39:59

