Page 5 - Antologi Cerpen Jalan Pulang
P. 5

Azaika SR








                               1. PADAH







                                    YARIKAT   Encik  Shauki
                                    dalam  bahaya. Pihak bank
                            “Sakan mengambil tindakan
           mahkamah sekiranya Encik Shauki gagal menyelesaikan
           segala hutang,” kata Encik Ali iaitu Pegawai Bank Bungaraya.
                  “Saya faham, Encik Ali. Tapi, berilah saya tempoh
           dalam sedikit masa lagi,” rayunya.
                  “Saya minta maaf, Encik Shauki. Saya tak boleh
           berbuat apa-apa. Ini adalah arahan pengurus saya. Saya harap
           Encik Shauki faham,” balas Encik Ali pula.
                  Dia sebaliknya hanya mampu terkedu  apabila
           mendengar kata-kata Encik Ali itu. Dia sayangkan Syarikat
           Perkasa Construction Sdn. Bhd. Dia tak sanggup melihat
           syarikat ini hanyut. Dia menubuhkan syarikat ini dengan
           modal puluhan ribu.
                  “Baiklah, Encik Shauki. Saya minta diri dulu,” ucap
           Encik Ali sambil bingkas bangun.
                  “Baiklah  …!” dia  mengangguk  lemah  sambil
           berjabat salam dengan Encik Ali.
                  Encik Ali kemudiannya lalu mengatur langkah ke
           arah pintu. Daun pintu pantas ditariknya dan terus berlalu




                                     4






 Teks Jalan Pulang.indd   4                                   05/05/2020   14:39:56
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10