Page 65 - Antologi Cerpen Jalan Pulang
P. 65

Azaika SR


           yang bertuah dan permai anugerah Tuhan Yang Esa.
                  Selang beberapa hari pertemuan ketiga diadakan di
           tempat yang sama. Kali ini sambutannya adalah di luar
           jangkaan. Tidak seperti pertemuan pertama dan kedua lalu.
           Seluruh balai raya dipenuhi dengan penduduk kampung.
           Kalau pertemuan pertama dan kedua dahulu banyak kerusi
           yang kosong tapi hari ini tak cukup kerusi sehinggakan ada
           penduduk kampung yang terpaksa berdiri  dan ada yang
           terpaksa mendengar dari celah tingkap balairaya.
                  Tiada apa yang mampu diluahkan oleh Adnan selain
           daripada rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana
           impiannya telah dimakbulkan. Tidak sia-sia kerja keras siang
           dan malam yang dilakukannya selama ini demi kebaikan
           bersama penduduk  kampung  dan bukannya  untuk
           kepentingan dirinya sendiri. Inilah namanya berkat sentiasa
           berdoa dan bersabar untuk mencapai kejayaan.
                  “Tiada gunanya kita bersengketa sesama sendiri.
           Kita jugak akan merasa rugi. Bukankah Islam melarang
           perbuatan buruk itu. Marilah kita bersatu semula demi
           kesejahteraan kita bersama sebagai penduduk kampung ini.
           Mulai dari hari ini marilah kita buang yang keruh dan
           ambillah yang jernih. Hidup mati kita biarlah di sini.
           Pertahankanlah kampung ini ibarat permata yang tinggi
           nilainya. Sukar dicari ganti. Saya merayu pada semua
           penduduk kampung.” Kata-kata yang diluahkan oleh Adnan
           itu benar-benar memukau penduduk kampung. Sehinggakan
           ada yang menitiskan air mata kerana timbul penyesalan
           bersengketa semata-mata terpedaya dengan tempat baru
           yang dijanjikan oleh orang kaya dari bandar itu.
                  Semua penduduk kampung lalu bermaaf-maafan
           dan berpeluk-pelukan di antara satu sama lain. Suasana di
           balai raya pada petang ini bercampur gembira dan terharu.



                                     64






 Teks Jalan Pulang.indd   64                                  05/05/2020   14:40:03
   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70