Page 23 - Teks Tanah Kebun
P. 23

Tanah Kebun



                 bertiup  sepoi-sepoi  bahasa. Membelah  suasana
                 kampung  yang indah dan permai. Pohon  kelapa
                 yang tumbuh  di  halaman rumah Haji  Deris
                 melambai-lambai    disapu   angin.   Seolah-olah
                 mengajak perantau  di kota pulang  ke tempat
                 kelahiran mereka.
                        Dedaunan     kelapa    yang    bergeseran
                 mengeluarkan   irama   yang   sungguh    merdu.
                 Menusuk hingga ke jiwa.  Kesepian yang melanda
                 rasa terhibur apabila mendengar nyanyiannya.
                        Dia  lalu  memanggil  isterinya. Mak Som
                 yang berada di dapur lalu menuju ke ruang tamu
                 rumah.
                        “Ada apa, bang?” tanya Mak Som.
                        “Mulai  hari ni saya tak mahu barang-
                 barang buatan orang bukan Islam  dalam  rumah
                 ni.  Saya nak awak buang semua. Pakai barang
                 buatan orang Islam. Awak faham!” ingat Haji Deris.
                        “Kenapa  pulak, bang?  Tiba-tiba aje abang
                 suruh buang.” Nada suara Mak Som berbunyi
                 hairan dan terkejut. Apabila mendengar kata-kata
                 yang keluar daripada mulut suaminya itu.
                        “Awak  jangan  banyak soal.  Saya kata
                 buang. Buang ajelah!” Haji Deris menjawab.
                        “Yalah! Saya nak  tahu jugak. Apa
                 sebabnya?” tambah isterinya pula.
                        “Orang bukan Islam tu musuh kita. Kata
                 tuan guru kalau kita menggunakan barang buatan
                 mereka bererti kita menyokong mereka. Kita mesti
                 hapuskan mereka. Jangan biarkan mereka hidup!”
                 ulang Haji  Deris  pada isterinya  dengan penuh



                                     23






 Teks Tanah Kebun.indd   23                                   03/06/2020   16:42:17
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28