Page 22 - Teks Tanah Kebun
P. 22

Azaika SR

                     “Perkara ni tak boleh dibiarkan. Kita mesti
              jumpa Haji  Deris.  Kita nasihatkan dia supaya
              berhenti daripada melakukan kerja yang sia-sia ni.
              Aku yakin. Haji Deris telah diperalatkan oleh tuan
              guru  tu supaya  mempengaruhi  orang-orang
              kampung,” ujar Lebai Dollah.
                     “Itulah  yang sebaik-baiknya, lebai.  Kalau
              macam  tu  saya  minta  diri  dulu.  Dah  tengah hari
              ni.  Nak   ambil   anak   balik   dari  sekolah.
              Assalamualaikum,” mohon Osman.
                     “Waalaikumsalam!” Lebai Dollah membalas
              sambil mengangguk-anggukkan kepala.
                     Osman      lalu   menghidupkan      enjin
              motosikal.  Lebai Dollah  memerhatikan sahaja
              Osman berlalu pergi sehingga hilang di pandangan
              mata. Dia kemudiannya menggeleng-gelengkan
              kepala. Memikirkan  Haji  Deris  dan beberapa
              penduduk  kampung yang terpengaruh dengan
              perjuangan salah yang dibawa oleh tuan guru dari
              Tanah Seberang.
                     Dalam  hati kecilnya dia memunajatkan
              doa.  Agar  Tuhan  memberikan  taufik  dan  hidayat
              kepada  mereka. Meninggalkan  perjuangan  yang
              salah itu. Kembali semula ke pangkal jalan.
              Menurut jihad yang sebenar dituntut oleh agama
              Islam.
                     Haji Deris terus pulang ke rumah selepas
              berjumpa dengan tuan guru. Setibanya di rumah
              dia lalu  duduk di atas kerusi kusyen berwarna
              biru air laut.
                     Di  luar  cuaca kelihatan  redup. Angin




                                     22






 Teks Tanah Kebun.indd   22                                   03/06/2020   16:42:17
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27