Page 18 - Teks Tanah Kebun
P. 18
Azaika SR
bencana yang berlaku adalah balasan Tuhan
kepada manusia yang melakukan dosa di atas
muka bumi ini,” Osman mencelah.
“Benar, Man. Kita sebagai hamba
hendaklah sentiasa taat dan patuh pada segala
perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-
Nya. Agar mendapat keberkatan hidup di dunia
dan akhirat,” ucap Lebai Dollah.
“Oh, ya! Lebai perasan tak. Dah lama Haji
Deris tak datang ke masjid ni. Kalau tak silap saya
dah hampir sebulan. Sembahyang Jumaat pun dia
pergi ke masjid Kampung Bidara,” kata Osman.
“Entahlah, Man. Aku sendiri pun tak
faham. Kenapa tiba-tiba dia tak mahu jejakkan
kaki di masjid ni …,” keluh Lebai Dollah
sebaliknya dalam nada suara lemah.
“Apa yang saya dengar sekarang dia rapat
dengan guru agama dari Tanah Seberang,” jelas
Osman pada Lebai Dollah.
“Guru agama dari Tanah Seberang?” soal
Lebai Dollah sambil mengangkat kepala tinggi
sedikit memandang wajah Osman.
“Ya, lebai! Mak Som yang beritahu!”
Osman menambah sambil mengangguk-
anggukkan kepala.
Lebai Dollah sebaliknya diam apabila
mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut
Osman itu. Dia kemudiannya melihat jam di
tangan.
“Hah, waktu pun dah masuk. Pak Imam
pun dah sampai. Kau laungkanlah azan, Man,”
18
Teks Tanah Kebun.indd 18 03/06/2020 16:42:16

