Page 26 - Teks Tanah Kebun
P. 26

Azaika SR


           mengangguk-anggukkan kepala.
                  “Jemput minum, Som,” pelawa isteri Lebai
           Dollah.
                  Seperti  yang dijanjikan  Lebai  Dollah  dan
           Osman pun pergi berjumpa dengan Haji Deris.
                  “Jihad kan dituntut  dalam  agama.  Kita
           mesti  tunaikan. Baru  Islam  kuat,”  tahan Haji
           Deris.
                  “Memang betul. Tapi kenalah dengan cara
           yang betul. Bukannya dengan keganasan,” tingkah
           Lebai Dollah.
                  “Pak Haji menggunakan kekerasan dengan
           menjadikan orang yang  tidak berdosa  sebagai
           mangsa tidak dituntut dalam agama. Banyak lagi
           cara jihad yang boleh kita buat untuk menegakkan
           Islam. Tapi bukannya  dengan membunuh  seperti
           yang diajar oleh tuan guru tu,” Osman mencelah.
                  “Kau  mana tahu tentang jihad, Man. Tak
           usahlah kau nak mengajar aku. Dah terang-terang
           mereka tu musuh kita. Buat apa dibiarkan hidup,”
           Haji Deris menjawab.
                  “Deris  …. Kita sebagai orang Islam diajar
           supaya berbuat baik di antara satu sama lain.
           Tanpa  mengira bangsa  dan  agama. Kita mestilah
           menunjukkan contoh teladan yang baik. Bukannya
           bertindak     dengan      liar     dan     tidak
           berperikemanusiaan …,”  Lebai Dollah  memujuk
           Haji Deris dalam nada suara yang halus.
                  “Sudah! Sudah! Aku tak mahu dengar apa
           yang kau orang nak kata. Walau apa pun yang
           terjadi  aku dan tuan guru akan tetap  berjihad



                                     26






 Teks Tanah Kebun.indd   26                                   03/06/2020   16:42:17
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31