Page 27 - Teks Tanah Kebun
P. 27

Tanah Kebun



                 menghapuskan  orang bukan Islam di muka bumi
                 ini!” Dia memberikan kata putus.
                        Lebai    Dollah   dan    Osman     saling
                 berpandangan.  Mereka kemudiannya  beredar
                 meninggalkan rumah Haji Deris.
                        “Susah macam  ni,  lebai.  Kita  nak
                 selamatkan   dia  tapi  dia   tetap  menyokong
                 perjuangan tuan guru yang sesat tu,” Osman
                 mengeluh hampa. Usahanya bersama Lebai Dollah
                 untuk memujuk Haji  Deris  meninggalkan jihad
                 dengan  menggunakan  keganasan  menemui jalan
                 kegagalan. Lebai Dollah lalu menarik nafas yang
                 panjang.
                        “Kita  tak boleh berputus asa.  Haji  Deris
                 dan beberapa orang kampung  yang terpengaruh
                 dengan  perjuangan  yang  salah tu kita mesti
                 selamatkan. Kita berdoalah pada  Tuhan.  Agar
                 mereka diberi petunjuk dan sedar akan kesilapan
                 yang mereka lalukan selama ini,”  Lebai Dollah
                 bersuara sambil memegang lembut bahu Osman.
                        Pada     keesokan     harinya     selepas
                 menunaikan  solat Subuh  dan bersarapan  Lebai
                 Dollah dan Osman pergi ke pejabat agama.
                        “Tak sangka. Ada orang yang sanggup
                 memperalatkan agama untuk kepentingan diri
                 sendiri,” rengus Osman. Sebaik-baik sahaja keluar
                 daripada pejabat agama  dan sambil  berjalan
                 bersama-sama dengan  Lebai Osman menuju  ke
                 tempat letak motosikal.
                        “Orang    yang   gila   kuasa    sanggup
                 melakukan apa  sahaja untuk mencapai cita-cita.




                                     27






 Teks Tanah Kebun.indd   27                                   03/06/2020   16:42:17
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32