Page 30 - Teks Tanah Kebun
P. 30
Azaika SR
3. Terjebak
A NGIN dari arah bukit
sepoi-sepoi
bertiup
bahasa. Di kaki langit
bola matahari belum kelihatan lagi. Pagi masih
muda lagi. Kesejukan terasa membungkus seluruh
suasana. Kesan dari hujan lebat yang turun malam
tadi. Sampai subuh baru berhenti. Dedaunan hijau
dan rumput kelihatan basah.
Selepas bersarapan pagi Rosdin
menghidupkan enjin motosikal menuju ke kebun
pisang. Setibanya di kebun pisang dia memulakan
kerja-kerja seperti biasa. Sedang dia asyik bekerja
dengan tiba-tiba dia dikejutkan dengan bunyi
orang memberi salam. Dia lantas berhenti dan
menoleh ke arah suara itu. Pak Majid rupanya dan
dia lalu menjawab salam sambil berjabat tangan.
“Macam mana dengan hasil tanaman
pisang kau, Rosdin?” soal Pak Majid yang
bersongkok berbaju kemeja lengan pendek
berwarna biru tua dan berseluar hitam.
“Alhamdulillah, Pak Majid. Berbuah lebat
nampaknya,” Rosdin menjawab sambil mengesat
30
Teks Tanah Kebun.indd 30 03/06/2020 16:42:18

