Page 33 - Teks Tanah Kebun
P. 33

Tanah Kebun


              dalam hidup Salmah hanya abang seorang sahaja,”
              ucap Salmah lagi.
                     “Abang juga begitu,  Salmah. Terimalah
              ketentuan dari Tuhan.  Jodoh  Salmah bukan
              dengan  abang. Jodoh  Salmah dengan  Hashim,”
              Rosdin menambah.
                     “Salmah tak cintakan Hashim.  Salmah
              cintakan abang,” ujar Salmah.
                     “Maafkan abang, Salmah. Abang  doakan
              semoga  Salmah  hidup bahagia  dengan Hashim.
              Selamat tinggal,” Rosdin bersuara.
                     “Abang …!” Salmah lalu menangis teresak-
              esak.
                     Setibanya    di   rumah     Rosdin   lalu
              mengemaskan     pakaian.   Dia   sudah    nekad.
              Membawa hatinya yang luka ke Kuala Lumpur.
                     “Kau berkemas pakaian  ni nak ke mana,
              Rosdin?” tegur Mak Limah.
                     “Ke  Kuala  Lumpur,  mak,”  dia  menjawab
              sambil melipat kain dan baju ke dalam beg.
                     “Ke Kuala Lumpur? Kau nak buat apa kat
              sana, Rosdin? Kuala Lumpur tu besar. Kita
              bukannya ada saudara mara kat sana. Kalau kau
              susah nanti siapa nak tolong kau.” Mak Limah
              cuba menahan anaknya.
                     “Rosdin nak berjaya  dalam  hidup,  mak.
              Kat Kuala Lumpur banyak kerja boleh buat. Duit
              pun  senang  dapat. Lainlah kerja kebun  kat
              kampung.  Siapa nak  buat menantu,” terang
              Rosdin pula.




                                     33






 Teks Tanah Kebun.indd   33                                   03/06/2020   16:42:18
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38