Page 36 - Teks Tanah Kebun
P. 36

Azaika SR


              Ludin lagi.  Perbualan mereka yang rancak lantas
              terhenti. Kedengaran bunyi telefon bimbit Ludin.
                     “Sekejap ya. Hello. Ya, Rony. Ada stok tu
              ada kau jangan bimbang. Takkan aku nak tipu
              pulak.  Besok  aku beri.  Kau percayalah.  Tempat
              macam biasa. OK!” Ludin menjawab panggilan itu.
                     “Baru aku  tahu. Kau  berniaga rupanya,”
              Rosdin berkata.
                     “Pelanggan aku yang telefon.  Biasalah
              banyak  kerenah.  Kenalah  bersabar. Janji duit
              masuk,” tambah Ludin pula.
                     “Barang  apa yang kau meniaga,  Ludin?”
              soal Rosdin sebaliknya dengan penuh minat.
                     “Nanti  kau tahulah bila  dah kerja nanti.
              Buat masa ni kau tak perlu tahu. Oh ya! Terlupa
              pulak aku. Tadi kau kata datang ke Kuala Lumpur
              ni selain daripada mencari kerja ialah untuk
              mengubat hati yang luka. Kenapa?  Kau  putus
              cinta ke dengan gadis sekampung kau. Aku minta
              maaflah  kerana  bertanyakan  hal  ni.  Maklumlah
              hal peribadi yang sepatutnya aku tak perlu tahu,”
              teka Ludin.
                     “Tak mengapa, Ludin. Memang benar.
              Ayahnya terlalu memandang pada harta kekayaan.
              Pinangan aku ditolaknya  mentah-mentah.  Minggu
              depan dia  akan berkahwin dengan lelaki  pilihan
              ayahnya.   Aku    tak   sanggup   melihat   hari
              persandingan mereka …,” Rosdin cepat membalas
              dengan  panjang lebar dalam nada suara yang
              lemah dan tidak bermaya.
                     Rasa pedih  seperti  ditikam  sembilu  yang




                                     36






 Teks Tanah Kebun.indd   36                                   03/06/2020   16:42:18
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41