Page 35 - Teks Tanah Kebun
P. 35

Tanah Kebun


                     “Betul  ke ni?  Tak menyusahkan kau ke?”
              soal Rosdin pula yang berasa amat terkejut dengan
              pelawaan Ludin itu.
                     “Sungguh.  Kau tak percaya dengan  aku.
              Sudahlah.  Mari ikut aku  ke rumah,” ucap  Ludin
              lagi. Rosdin hanya mendiamkan diri dan menurut
              saja ajakan Ludin itu.
                     “Kau kerja  apa Ludin.  Tinggal  dalam
              rumah besar macam ni. Pakai kereta besar,”
              Rosdin bersuara sebaik-baik sahaja duduk di atas
              kerusi sofa yang berwarna hitam.
                     “Aku kerja sendiri,” Ludin membalas.
                     “Kerja sendiri?” ujar Rosdin dengan cepat.
                     “Ya! Apa sebenarnya tujuan kau datang ke
              Kuala Lumpur ni selain daripada mencari kerja.
              Boleh   aku   tahu?”   tambah    Ludin    sambil
              mengangkat kepala tinggi sedikit memandang tepat
              wajah Rosdin.
                     “Aku sebenarnya nak menghilangkan rasa
              luka di hati,” terang Rosdin.
                     “Tentang kerja  tu  kau jangan risau.
              Kebetulan  boss aku tengah cari pekerja baru.
              Besok aku bawa kau jumpa dia. Aku yakin. Dia
              mesti terima kau,” ujar Ludin.
                     “Ya ke ni, Ludin?  Aku  baru aje sampai di
              Kuala Lumpur ni. Takkan terus dapat kerja?” Dia
              seakan-akan tidak percaya dengan kata-kata yang
              keluar daripada mulut Ludin itu.
                     “Kau ni.  Masih  tak percaya dengan aku.
              Pandailah aku ayat boss aku tu nanti,” yakin




                                     35






 Teks Tanah Kebun.indd   35                                   03/06/2020   16:42:18
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40