Page 32 - Teks Tanah Kebun
P. 32

Azaika SR


              pelepah pisang yang kering dan melonggokkannya
              setempat. Bola matahari terasa tegak di atas
              kepala.  Sedar-sedar sudah tengah hari.  Dia
              berhenti  seketika  dan menarik  nafas  panjang
              sambil  memandang sekeliling  kebun pisang.
              Tekaknya  terasa haus  dan  kering. Maklumlah
              banyak  peluh yang  keluar. Bekerja di tengah
              panas.
                     Dia  lalu  menuju  ke  pondok  kecil  yang
              terdapat  di  kebun pisang.  Bertiangkan  dan
              berlantaikan  papan. Beratapkan  zink  yang telah
              berkarat. Tetapi masih kukuh dan kuat lagi.
              Diteguknya   perlahan-lahan   air   suam   yang
              dibawanya dari rumah. Terasa nyaman dan dingin.
              Seperti air terjun di pinggir kali.  Bila  membasahi
              tekak yang basah. Dia lalu duduk  untuk
              melepaskan  penat. Dengan renungan  yang tajam
              dan penuh bermakna dia melemparkan pandangan
              ke arah pokok-pokok pisang.
                     “Apa abang  nak tinggalkan kampung  ni?”
              kata Salmah.
                     “Ya,  Salmah.  Abang sedar siapa  diri  ni.
              Sebab  itulah ayah  Salmah menolak pinangan
              abang,” Rosdin membalas.
                     “Bang.  Bawalah  Salmah bersama. Salmah
              rela mengikut abang walau ke mana sahaja …,”
              rayu Salmah pula.
                     “Tak boleh,  Salmah!”  bantah Rosdin
              sebaliknya.
                     “Kenapa,   bang?    Salmah   benar-benar
              cintakan abang. Lelaki yang pertama dan terakhir




                                     32






 Teks Tanah Kebun.indd   32                                   03/06/2020   16:42:18
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37