Page 39 - Teks Tanah Kebun
P. 39

Tanah Kebun


              Sani.
                     “Terima kasih, Ludin. Kerana kau  aku
              dapat kerja. Tapi aku  pelik tengok  boss kita tu.
              Keras dan kasar aje aku tengok,” kata Rosdin.
                     “Kau jangan takutlah.  Boss  memang
              macam tu. Hal kerja dia memang tegas. Tapi hati
              dia baik. Sudahlah. Hari  ni kau dah mula kerja.
              Mari ikut aku,” Ludin menambah.
                     Dengan menaiki kereta Ludin  dan  Rosdin
              menuju ke belakang bangunan.
                     “Apa kita  nak buat kat sini,  Ludin?”
              Rosdin bertanya sambil memandang ke kiri dan
              kanan.
                     “Buat apalagi kerjalah.” Nada suara Ludin
              seperti berbunyi bosan dengan pertanyaan Rosdin
              itu. Tak lama kemudian muncul seorang lelaki dari
              lorong bangunan  sambil matanya memandang
              sekeliling.
                     “Kerja apa kita nak buat di lorong ni?” kata
              Rosdin lagi.
                     “Kau ni banyak tanyalah. Sudah.  Kau
              nampak tak lelaki  tu.  Sekarang kau ambil
              bungkusan  ni dan beri pada dia. Pergi!” suruh
              Ludin.
                     “Bungkusan  apa  ni?” ujar Rosdin  pula
              sambil memandang muka Ludin.
                     “Janganlah banyak tanya. Pergilah cepat!”
              ulang Ludin lagi.
                     “Yalah!”  Rosdin tidak  membantah dan
              turun dari  kereta  sambil  membawa  bungkusan




                                     39






 Teks Tanah Kebun.indd   39                                   03/06/2020   16:42:19
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44