Page 40 - Teks Tanah Kebun
P. 40

Azaika SR


              yang tidak diketahui isinya  itu  menuju ke arah
              lelaki yang sedang tercegat berdiri seperti menanti
              seseorang.
                     “Jangan    bergerak.   Polis!”   Tiba-tiba
              kedengaran  suara dari arah belakang bangunan.
              Rosdin dan lelaki itu telah dapat ditangkap oleh
              tiga  orang  polis  yang berpakaian biasa.  Ludin
              pantas  menghidupkan  enjin kereta dan  memecut
              dengan laju.
                     “Ludin! Ludin! Tunggu  aku. Tunggu  aku.
              Apa ni, encik? Apa salah saya?” Rosdin terpinga-
              pinga dengan apa yang telah terjadi. Tangannya
              telah digari dan bungkusan  yang dipegangnya
              telah dirampas oleh polis.
                     “Awak  ditahan kerana terlibat  dengan
              sindiket pengedaran  dadah. Sudah.  Bawa mereka
              berdua ke  balai!”  arah anggota polis  yang
              berpangkat inspektor itu.
                     “Baik, tuan!” jawab salah seorang daripada
              anggotanya.
                     “Tapi,  encik.  Saya tak  tahu apa-apa.
              Percayalah. Saya telah  diperalatkan  …!”  rayu
              Rosdin untuk mempertahankan dirinya.
                     “Sudah! Awak  ikut  saya ke  balai!”  tegas
              inspektor polis itu lagi.
                     Rosdin telah dijatuhkan hukuman penjara
              di atas kesalahan itu. Mujurlah tidak sampai ke
              tali  gantung. Selepas keluar daripada penjara dia
              terus pulang ke kampung. Timbul rasa penyesalan
              di hatinya kerana telah memalukan  nama baik
              keluarga. Barulah dia mengerti kini akibat terlalu




                                     40






 Teks Tanah Kebun.indd   40                                   03/06/2020   16:42:19
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45