Page 54 - Teks Tanah Kebun
P. 54
Azaika SR
sini,” sahut ayahnya pula.
“Ayah …! Mak …! Maafkanlah, Marlisa.
Marlisa benar-benar menyesal. Kalau Marlisa
dengar cakap ayah dan mak tentu Marlisa tak
akan jadi macam ini …,” balasnya dalam nada
suara yang perlahan sambil menangis.
“Syukurlah, nak kerana Tuhan masih
sayangkan kau lagi. Membukakan pintu taubat
untuk kau kembali semula ke pangkal jalan,”
tambah ibunya.
Kini dia telah keluar dari sekolah
pemulihan akhlak. Dengan tiba-tiba air matanya
mengalir membasahi pipi. Mengenangkan gelora
kehidupan yang pernah dialaminya. Sama seperti
yang adakalanya melanda laut biru yang
direnungnya.
54
Teks Tanah Kebun.indd 54 03/06/2020 16:42:21

