Page 53 - Teks Tanah Kebun
P. 53
Tanah Kebun
siapa yang nak terima kau. Sedarlah diri tu. Kau
tu perempuan kotor. Reti?” jerkah Eddy dengan
cepat menolak Marlisa sehingga jatuh ke lantai.
“Kau dengar sini lagi. Aku akan pastikan
yang kau tak akan keluar dari rumah ni. Aku akan
jadikan kau pembawa keuntungan kepada aku.
Kalau kau cuba lari nahas kau!” ugut Eddy pula.
Marlisa hanya terdaya menangis teresak-
esak. Mengenangkan nasib malang yang menimpa
dirinya. Di ketika ini barulah terbayang wajah ayah
dan ibunya di ruang mata. Rasa penyesalan timbul
di hatinya. Inilah akibat apabila terlalu menurut
kata hati. Tanpa berfikir panjang.
Barulah dia mengerti kini. Segala yang
dibuat oleh ayah dan ibunya selama ini adalah
demi kebaikan kerana rasa kasih sayang pada
seorang anak.
Nasib gadis remaja Marlisa bertambah
parah. Lelaki yang bernama Eddy telah mengambil
kesempatan di atas kelemahan dirinya. Dia telah
dijual di hotel murahan. Tetapi dalam satu
serbuan membanteras maksiat oleh pihak
berkuasa dia telah ditahan.
Memandangkan dia masih gadis remaja
lagi dia telah dihantar ke sekolah pemulihan
akhlak.
“Walau seburuk mana pun kau Marlisa
kau tetap anak mak dan ayah …,” kata ibunya
sambil menangis ketika melawatnya.
“Ya, Marlisa! Ayah harap kau akan belajar
menjadi gadis yang baik budi pekerti selama di
53
Teks Tanah Kebun.indd 53 03/06/2020 16:42:21

