Page 98 - Teks Tanah Kebun
P. 98

Azaika SR


                     “Sebulan. Baru  lepas  periksa.  Jadi,  Adam
              baliklah. Kawan-kawan ajak kerja masa cuti ni.
              Adam malaslah, mak. Sementara cuti ni Adam rasa
              lebih elok tolong mak di kebun arwah ayah tu,”
              sambungnya lagi.
                     “Hah, eloklah macam tu, Adam. Sekurang-
              kurangnya ringan sikit kerja mak. Walaupun masa
              kau cuti ni aje,” Tijah menambah.
                     “Adik-adik belum  balik  sekolah lagi  ke,
              mak?” Adam menyoal ibunya.
                     “Kejap lagi dia orang baliklah. Kau pergilah
              masuk ke dalam.  Mandi  dan solat  Zuhur. Nanti
              boleh kita makan sama-sama,” ibunya berkata.
                     “Baiklah, mak!” balas Adam pula.
                     Rasa bengis dan kecewa jelas kelihatan di
              muka Deraman setibanya di rumah malam itu.
                     “Tak boleh jadi  macam  ni!”  bentaknya
              melepaskan kemarahan yang sedang bersarang di
              jiwanya.
                     “Kenapa ni, bang? Ribut tak ada. Angin tak
              ada. Balik naik angin je,” tegur Mariam.
                     “Mahu tidaknya.  Memang saya tengah
              marah ni. Awak jangan nak naikkan  darah saya
              lagi!”  Deraman meninggikan suara seolah-olah
              melepaskan kemarahannya  yang panas  membara
              seperti api membakar pada isterinya.
                     “Yalah!  Abang ceritalah.  Apa sebenarnya
              abang tak tentu pasal naik angin ni,” kata isterinya
              lagi.
                     “Saya kalah teruk judi tadi!” jelas Deraman




                                     98






 Teks Tanah Kebun.indd   98                                   03/06/2020   16:42:27
   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103