Page 99 - Teks Tanah Kebun
P. 99

Tanah Kebun



              pada isterinya  sambil  mengeluarkan bunyi nada
              suara yang masih lagi keras kerana berasa tidak
              puashati dan marah.
                     “Oh,   kalah   judi  rupanya,”   isterinya
              menjawab.
                     “Awak  jangan  nak perli  saya.  Sakit  betul
              hati saya dengan Tijah. Ini semua dia punya pasal.
              Dah berkali-kali saya suruh  dia serahkan  geran
              tanah tu.  Taklah  sampai  saya  berjudi  nak bayar
              balik  duit  cengkeram Orang  Kaya Bakar  tu!”
              Deraman  bersuara lantang sehingga hampir
              menggegarkan seluruh rumah.
                     Dalam     perjalanan   pulang    daripada
              menunaikan solat  Asar di  surau Adam bertemu
              dengan pakciknya.
                     “Pakcik, apa khabar?” dia menyapa dengan
              hormat.
                     “Hah, eloklah pun dah jumpa kau kat
              sini!” tegas Deraman sebaliknya pada Adam.
                     “Kenapa,    pakcik?   Macam     ada   hal
              mustahak aje nak beritahu.”  Adam macam dapat
              membaca apa yang hendak  dicakapkan  oleh
              pakciknya itu.
                     “Pasal mak kaulah!” ujar Deraman lagi.
                     “Mak?  Kenapa dengan mak,  pakcik?”
              Dengan serta-merta  dia  berasa hairan apabila
              mendengar  kata-kata yang  keluar daripada mulut
              pakciknya itu.
                     “Dengar  sini  baik-baik,  ya.  Mak kau
              berhutang dengan aku sebab nak belanjakan kau




                                     99






 Teks Tanah Kebun.indd   99                                   03/06/2020   16:42:27
   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104