Page 100 - Teks Tanah Kebun
P. 100

Azaika SR


              masuk universiti..
                     “Berhutang  sebab nak tampung belanja
              saya masuk universiti?”  soal  Adam pula sambil
              memandang wajah pakciknya itu.
                     “Ya!”  Deraman  pantas membalas  dengan
              mengangguk-anggukkan kepala.
                     “Berapa hutang mak, pakcik?” tanya Adam
              lagi.
                     “Itu  kau tak perlu tahu. Jawapannya ada
              pada mak kau. Begini ajelah, Adam. Biarlah aku
              berterus terang. Aku  benar-benar  dah bosan
              dengan mak kau tahu tak. Kau pujuklah mak kau
              serahkan geran tanah kebun arwah ayah kau tu.
              Untuk tebus  semua hutang. Kau tu  pun
              berpelajaran tinggi.  Faham ajelah cakap aku ni,
              ya!” Deraman bersuara  lantang dengan  panjang
              lebar sebagai ingatan keras kepada ibunya.
                     Deraman        kemudiannya         pantas
              menghidupkan enjin  motosikal  dan berlalu  pergi
              dari situ.
                     Adam     termenung    jauh    memikirkan
              sesuatu sejak berjumpa dengan  pakciknya  siang
              tadi sambil melemparkan pandangan ke arah luar
              yang diselubungi kepekatan malam.
                     Rembulan yang bersinar  indah bersama
              kerlipan cahaya bintang jelas  kelihatan di dada
              langit hitam.
                     Bunyi    cengkerik    jelas   kedengaran
              bersahut-sahutan   membelah    suasana    malam
              bersama hembusan dingin angin malam.





                                    100






 Teks Tanah Kebun.indd   100                                  03/06/2020   16:42:27
   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105