Page 101 - Teks Tanah Kebun
P. 101

Tanah Kebun



                     “Kenapa ni, Adam? Menung aje. Ada yang
              tak kena ke?” ibunya bersuara.
                     Adam sebaliknya hanya mendiamkan diri
              dan menarik nafas panjang dengan gelagatnya itu
              diperhatikan dalam-dalam oleh ibunya.
                     “Cakaplah, Adam. Kenapa? Selalunya balik
              tak macam ni.” Tijah terus mendesak anaknya. Dia
              dapat merasakan  ada masalah yang sedang
              difikirkan oleh Adam.
                     Di luar bunyi pohon-pohon dan daun-daun
              diusik   angin     malam     jelas   kedengaran
              mengeluarkan    irama   yang   sungguh    merdu
              membelai jiwa.
                     “Petang tadi waktu balik dari surau Adam
              jumpa dengan Pakcik Deraman …,” dia terhenti.
                     “Pasal   hutang,    kan?”   Tijah   cepat
              memotong.
                     “Adam jadi beban mak sebab  berhutang
              dengan Pakcik Deraman,” Adam berkata.
                     “Adam …!” Tijah mengeluarkan nada suara
              lembut.
                     “Mak …!” Adam sebaliknya membalas.
                     Tijah  memegang lembut  bahu anak
              sulungnya  itu dan memandang  wajahnya dengan
              rasa penuh kasih dan sayang.
                     “Mak lakukan semua ni demi masa depan
              Adam  dan keluarga kita jugak. Bila Adam dah
              berjaya lulus dari universiti dan bekerja nanti mak
              harap Adam dapat membela nasib keluarga kita
              …,” Tijah memujuk anaknya.




                                     101






 Teks Tanah Kebun.indd   101                                  03/06/2020   16:42:27
   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106